potassium hydroxide poisoning | keracunan kalium hidroksida | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pendedahan kepada kalium hidroksida (formula kimia, KOH), iaitu alkali korosif. Tanda utama keracunan ialah kakisan, Kesan kakisan ialah pemusnahan lengkap kulit atau membran mukus. Had pendedahan ialah 2mg/m3. Keracunan akut akibat pengingesan menyebabkan sakit teramat, muntah, cirit-birit, dan pengsan. Muntah mengandungi darah, dan lapisan mukosa terdeskuamat. Jika pesakit tidak mati dalam masa 24 jam pertama, pesakit mungkin pulih selama 2-4 hari, tetapi kemudian mengalami sakit abdomen yang teruk dengan tiba-tiba, kekejangan abdomen, dan tekanan darah turun dengan cepat, yang menandakan penembusan gaster atau esofagus. Keracunan kronik akibat penyentuhan kulit mungkin menyebabkan dermatitis kronik. Dos parah yang dianggarkan bagi orang dewasa ialah 5 g. |
aqueous | akueus | Kimia | Tiada | Berkaitan dengan larutan yang pelarutnya air. Misalnya, larutan akueus kalium hidroksida yang disediakan dengan melarutkan kalium hidroksida di dalam air |
acid value | nilai asid | Herba | Tiada | Nombor yang menyatakan jumlah dalam miligram kalium hidroksida yang diperlukan untuk meneutralkan asid bebas bagi satu gram bahan herba. Nilai ini merupakan ukuran kandungan asid karboksilik yang terdapat dalam asid lemak bebas dan menandakan tahap ketengikan minyak, lemak dan lilin daripada bahan mentah dan sediaan herba. Sejumlah berat bahan herba dilarutkan dalam pelarut organik dan hasilan dititrat dengan kalium hidroksida menggunakan fenolftalein sebagai indikator. Nilai diperoleh daripada ungkapan 5.610v/w, iaitu v ialah isi padu kalium hidroksida dan w ialah berat asal bahan herba. Contohnya, British Pharmacopoeia mengehadkan nilai asid piawai bagi sediaan titisan telinga mengandungi minyak zaitun dara tidak melebihi 2.0, lemak keras tidak melebihi 0.5 dan lilin lebah putih di antara 17.0-24.0. |
hydroxyl value | nilai hidroksil | Herba | Tiada | Nombor yang menyatakan jumlah dalam miligram kalium hidroksida yang perlu untuk meneutralkan gabungan asid terhasil bagi satu gram bahan herba. Nilai ini merupakan ukuran kandungan kumpulan hidroksil bebas yang terhasil daripada penghasilan dalam minyak, lemak dan lilin daripada bahan mentah dan sediaan herba. Sejumlah berat bahan herba dihasilkan dengan larutan asetik anhidrida dan hasilnya dititrat dengan kalium hidroksida beretanol menggunakan fenolftalein sebagai indikator. Nilai hidroksil diperoleh daripada ungkapan a + 28.05x/w, iaitu a ialah nilai asid, x ialah perbezaan isi padu kalium hidroksida beretanol bagi pentitratan antara bahan herba dan blank, dan w ialah berat asal bahan herba. Contohnya, British Pharmacopoeia mengehadkan nilai hidroksil piawai bagi minyak kastor dara minimum 150 dan lemak bulu terhidrogen di antara 140 -180. Lihat nilai asid. |
potassium hydroxide | kalium hidroksida | Kimia | Tiada | Sebatian tak organik beralkali, formula KOH, takat lebur 405oC, takat didih 1320oC, wujud dalam bentuk pepejal putih lembap cair, sangat mengakis, larut di dalam air dan etanol dan larut sedikit di dalam eter. Kalium hidroksida disediakan secara industri melalui elektrolisis larutan pekat kalium klorida dan juga melalui pemanasan kalium karbonat atau kalium sulfat dengan kapur mati, Ca(OH)2. Sebatian ini digunakan sebagai bahan pengering dan penyerapan karbon dioksida dan sulfur dioksida, dan juga digunakan dalam pembuatan sabun lembut, dan bateri alkali. Nama umunya ialah potasy kaustik. |
saponification value | nilai saponifikasi | Herba | Tiada | Nombor yang menyatakan jumlah dalam miligram kalium hidroksida yang diperlukan untuk meneutralkan asid bebas dan mensaponifikasi ester yang terkandung bagi satu gram bahan herba. Nilai ini merupakan ukuran kandungan trigliserida dalam minyak, lemak dan lilin yang terdapat dalam bahan mentah dan sediaan herba. Nilai yang rendah menandakan bahan herba dicemari minyak mineral seperti vaselin dan nilai yang tinggi menandakan ketengikan bahan herba. Sejumlah berat bahan herba direfluks dalam kalium hidroksida beretanol dan hasilan dititrat dengan asid hidroklorik menggunakan fenolftalein sebagai indikator. Nilai diperoleh daripada ungkapan 28.05x/w, iaitu x ialah perbezaan isi padu asid hidroklorik bagi pentitratan antara bahan herba dan blank, dan w ialah berat asal bahan herba. Contohnya, British Pharmacopoeia mengehadkan nilai saponifikasi piawai bagi minyak ikan halibut tidak melebihi 180, lemak bulu terhidrogen maksimum 8.0 dan lilin karnauba di antara 78-95. |
potassium hydroxide | kalium hidroksida | Kimia | Tiada | Tiada |
caustic potash | potasy kaustik | Kimia | Tiada | Lihat kalium hidroksida. |
acid number | nombor asid | Perubatan | Tiada | Bilangan miligram kalium hidroksida yang diperlukan untuk meneutralkan asid bebas yang terdapat dalam minyak, lemak, dan lilin. |
ester number | nombor ester | Kimia | Tiada | Bilangan miligram kalium hidroksida yang diperlukan dalam penyabunan ester asid lemak dalam satu gram lemak, lilin, minyak dan sebagainya. |