calomel electrode | elektrod kalomel | Kimia | Kimia Analisis | Elektrod yang digunakan sebagai elektrod rujukan. Elektrod kalomel ini terdiri daripada raksa, merkuri (I) klorida (kalomel) dan larutan kalium klorida. Apabila larutan kalium klorida yang tepu digunakan elektrod ini dikenali sebagai elektrod kalomel tepu. |
Kel-Chlo process | proses Kel-Chlo | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Proses Deacon yang diperbaik oleh Shell Company dengan menggunakan turus terbendalir bermangkinkan lantanum klorida dan kalium klorida sebagai tambahan kepada mangkin kuprum klorida pada suhu 420�C. Kalium klorida menurunkan kadar pemeruapan dan lantanum klorida diperbaik lagi dengan menggunakan nitrogen oksida yang dicampur dengan asid sulfurik. Proses ini berjaya dikendalikan pada tekanan di antara 0.1 � 1.5 MPa dan suhu di antara 130 � 180�C. |
chromoradiometer | kromoradiometer | Perubatan | Tiada | Alat untuk menyukat sinar-x berdasarkan kesan fotokimia sinar itu terhadap campuran kalium klorida dan natrium karbonat. |
calomel electrode | elektrod kalomel | Fizik | Moden | Elektrod rujukan yang diketahui keupayaannya, yang terdiri daripada larutan kalium klorida, raksa, dan raksa klorida. Elektrod ini digunakan untuk mengukur pH dan daya gerak elektrik. |
calomel electrode | elektrod kalomel | Geologi | Tiada | Elektrod rujukan yang terdiri daripada raksa, raksa klorida (kalomel) dan larutan kalium klorida. Elektrod ini digunakan untuk mengukur pH dan daya gerak elektrik. |
calomel electrode | elektrod kalomel | Kimia | Tiada | Elektrod rujukan yang terdiri daripada raksa, raksa klorida (kalomel) dan larutan kalium klorida. Elektrod ini digunakan untuk mengukur pH dan daya gerak elektrik. |
salt bridge | titian garam | Kimia | Kimia Analisis | Tiub yang lazimnya berbentuk U yang menyambung elektrod rujukan dan penunjuk yang terpisah dalam sel elektrokimia. Sebagai contoh titian garam mengandungi larutan kalium klorida tepu yang membenarkan ion-ion melaluinya tetapi menahan larutan daripada bercampur. |
major mineral | mineral utama | Makanan dan Pemakanan | Pemakanan | Mineral yang diperlukan dalam kuantiti yang besar berbanding dengan mineral surih yang terdapat dalam tubuh. Terdapat lapan mineral utama, iaitu kalsium, fosforus, magnesium, natrium, kalium, klorida, sulfur dan besi. Mineral utama dikenali juga sebagai makromineral. |
neutral salt | garam neutral | Kimia | Tiada | Garam yang terhasil daripada tindak balas asid kuat dengan alkali kuat. Garam ini larut di dalam air tanpa menyebabkan hidrolisis, dan pH larutan ialah 7.0. Misalnya, kalium klorida, KCI. |
plasma | plasma | Veterinar | Tiada | Bahagian cecair darah yang diperoleh selepas darah dicampur dengan bahan antipenggumpalan dan diempar menyebabkan sel-sel darah termendap. Cecair ini mengandungi air dan bahan-bahan larut seperti protein, garam terutamanya natrium, kalium klorida dan bikarbonat; nutrien seperti glukosa, asid amino dan lemak; hormon, vitamin dan bahan kumuh. Bahan-bahan terlarut ini akan dibawa keseluruhan tisu dan organ. |