Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kampung-

Puisi
 

Makan nasi ulamnya jantung,
     Jantung ada atas meja;
Saya malas orang kampung,
     Orang kampung soalkan belanja.


Lihat selanjutnya...(102)
Peribahasa

Gajah masuk kampung,
     kalau kayu (= pohon) tak tumbang,
rumput layu juga.

Bermaksud :

Orang yang berkuasa dapat berbuat sekehendak hatinya dalam lingkungan orang lemah (orang kecil).

 

Lihat selanjutnya...(11)

135

Squeezed between the devil and the deep blue sea

Berada dalam dilemma untuk membuat pilihan kerana kedua-dua pilihan yang ada tetap akan mendatangkan masalah.

Lalu hangus, surut layu

The volcanic mud that gushed out from the underground has devoured the whole village. In a desperate move to save the village, the government decided to divert the mud flow to the nearby sea. But the action caused an uproar among the fisherman who worried

Lumpur gunung berapi yang memancut keluar dari perut bumi telah menenggelamkan seluruh kampung. Untuk menyelamatkan kampung itu, kerajaan telah mengambil langkah terakhir untuk mengalihkan lumpur itu ke arah laut yang berhampiran.Namun tindakan ini telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan nelayan yang bimbang periuk nasi mereka akan terjejas. Keadaan ini membuatkan kerajaan berasa serba salah kerana hendak lalu hangus, surut layu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(19)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Kampung GuardsPengawal KampungSejarahTiadaTiada
backgroundlatarKesusasteraanTiadaRuang, masa dan situasi yang menjadi konteks kepada sesuatu peristiwa dalam karya sastera. Ruang merujuk kepada tempat fizikal seperti bilik, kampung dan bandar. Contohnya, Kampung Banggol Derdap dalam Ranjau Sepanjang Jalan oleh Shahnon Ahmad. Masa merujuk kepada waktu, musim dan zaman seperti zaman perang dalam novel Patah Sayap Terbang Jua karya A. Samad Ismail. Situasi merujuk kepada keadaan sosial, ekonomi, politik, budaya dan agama. Contohnya, pergolakan politik menjadi latar penulisan novel Anugerah karya Zaharah Nawawi. Latar memainkan peranan penting untuk melahirkan suasana dan mood yang mampu membangkitkan emosi dan kesan mental terhadap penonton. Dalam drama, latar merujuk kepada tirai latar dan peralatan pentas yang digunakan.
village health volunteersukarelawan kesihatan kampungKejururawatanTiadaIndividu yang memberikan perkhidmatan kesihatan secara sukarela di kampung.
idyl/idyllidilKesusasteraanTiadaBahagian karya sastera dalam ragam prosa atau puisi yang menggambarkan suasana tenteram, aman, sentosa yang sering dikaitkan dalam kehidupan sederhana atau hidup di kampung. Contoh: kehidupan Melor bersama nenek kebayan setelah kematian ibunya di sebuah kampung yang terpencil dalam cerita Batu Belah Batu Bertangkup.
rural historic landscapelandskap sejarah desaLandskapTiadaKawasan desa ya ng dikenal pasti sebagai kawasan yang mempunyai nilai sejarah dan perlu dikekalkan. Landskap ini dikekalkan untuk warisan negara dan pelancongan. Contohnya, Kampung Pasir Salak di Perak dan Kampung Portugis di Melaka.
villagekampung/desaGeografiTiadaTiada
villagekampung/desaKependudukanTiadaTiada
villagekampung/desaSosiologiTiadaTiada
urban villagekampung bandarGeografiTiadaTiada
suburban villagekampung subbandarGeografiTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas