Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.ro.té.na] | کاروتينا

Definisi : (karoténa) (Kim) sj pigmen hidro­karbon yg berwarna kuning, jingga, atau merah, dan terdapat semula jadi dlm tumbuh­an, spt lobak merah, kelapa sawit, keledek, labu, dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.ro.té.na] | کاروتينا

Definisi : /karoténa/ ist bahan berwarna kuning, jingga, atau merah, yg terdapat secara semula jadi dlm tumbuh-tumbuhan, spt lobak merah, kelapa sawit, dan keledek. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata karotena


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
carotenekarotenaHerbaFitokimiaSejenis pigmen daripada 40 karbon (tetraterpena) yang terdiri daripada rantai hidrokarbon tak tepu berkonjugat sepenuhnya yang diakhiri dengan satu atau dua gelang ahli. Karotena terbahagi kepada beberapa jenis termasuk α-, ß-, γ-, dan ?-karotena. Karotena terdapat dalam kebanyakan tumbuhan, contohnya dalam buah kelapa sawit (Elaeis guineensis) dan lobak merah (Daucus carota).
carotenoidkarotenoidHerbaFitokimiaKumpulan sebatian karotena yang boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu teroksida (zantofil) dan tak teroksida (karotena). Zantofil diwakili oleh beberapa sebatian seperti violazantin, zeazantin, lutein, astazantin, kapsantin (lada benggala) dan fukozantin (alga hijau). Pigmen ini tersebar luas di alam semula jadi dan memberikan warna kekuning-kuningan dan jingga kepada kebanyakan tumbuhan seperti tomato dan lobak merah. Lihat juga karotena.
beta carotenabeta karotenaMakanan dan PemakananTeknologi MakananSejenis pigmen larut air daripada kumpulan karotenoid yang menghasilkan warna kuning keorenan. Beta karotena mempunyai daya mewarna yang kuat dan stabil terhadap pH, tetapi sensitif terhadap cahaya serta mudah teroksida. Ia merupakan pelopor vitamin A dan digunakan dalam minuman, marjerin dan keju.
carotenekarotenaMakanan dan PemakananTeknologi MakananPewarna dan pelopor vitamin A yang terdapat dalam kumpulan karotenoid. Contoh, likopena yang berwarna merah dan beta karotena yang berwarna oren. Lihat juga karotenoid.
beta carotenebeta karotenaHerbaPemiawaianPigmen berwarna jingga yang terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran, seperti lobak merah dan betik yang kaya dengan vitamin A. Contoh herba yang mengandungi beta karotena yang tinggi ialah ekstrak daun murungai (Moringa oleifera).
carotenakarotenaKimiaTiadaPigmen hidrokarbon tak tepu, formula C40H56, takat lebur 188oC (alfa), 184oC (bena), dan 178oC (gama), berbentuk hablur yang berwarna kuning, jingga atau merah, dan terdiri daripada isomer alfa, beta, dan gama, tidak larut di dalam air tetapi larut sedikit di dalam alkohol, serta larut di dalam kloroform dan benzena. Karotena terdapat semula jadi dalam tumbuhan, terutamanya lobak merah, kelapa sawit, keledek dan labu. pigmen ini dapat ditukarkan kepada vitamin A dalam tubuh haiwan. Karotena digunakan sebagai pewarna marjerin dan mentega, bahan tambah makanan dan untuk membuat bahan farmasi.
xanthophyllxantofilMakanan dan PemakananTeknologi MakananPigmen larut lemak berwarna kuning yang terdapat dalam tumbuhan, kuning telur dan mentega. Xantofil merupakan sebatian terbitan karotena hidroksi dan satu daripada subkumpulan pigmen karotena. Contoh, lutein, zeaxantin dan kriptoxantin.
carotenekarotenaFizikTiadaTiada
carotenekarotenaPerikananTiadaTiada
carotenekarotenaPertanianTiadaTiada
1234

Kembali ke atas