cathedral | katedral | Kesenian | Hiasan Dalaman | Gereja besar tempat beribadat dan kegiatan keagamaan bagi penganut agama Kristian. Di dalamnya terdapat tempat khusus bagi ketua gereja, iaitu uskup. Dalam gereja Ortodoks Yunani terdapat tempat suci yang digunakan untuk uskup agung duduk, yang dikenali sebagai kathedrikos naos. Katedral berasal daripada bahasa Latin cathedra yang bermaksud tempat duduk. |
cathedral window | tingkap katedral | Fizik | Nanoteknologi | Sifat tingkap gereja yang kacanya berwarna merah tua. Warna ini dihasilkan dengan menambahkan emas ke dalam kaca cair untuk membentuk ampaian koloid nanozarah. |
Norman architecture | seni bina Norman | Kesenian | Seni Bina | Seni bina yang diadaptasi daripada seni bina Romanesque. Ia berasal dari Normandy di barat laut Perancis. Gaya ini mencapai kemuncaknya di England pada akhir tahun 1000-an selepas penaklukan Norman pada tahun 1066 dan 1100-an. Seni bina Norman terkenal kerana cirinya yang sangat besar, pembinaan siling kekubah enam bahagian, dan penggunaan corak hiasan berukir Celtik dan Carolingian. Contoh seni bina Norman termasuk Gereja St. �tienne dan La Trinit� di Caen, Perancis, dan Katedral Ely dan Durham di England. |