earth work | tembokan tanah | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Tebing tanah yang diperbuat daripada tanah liat atau lumpur untuk memagari sesuatu kawasan seperti kubu dan kota pemerintahan. Tembokan ini juga berfungsi sebagai dinding pertahanan. Contohnya, Kota Kayang 1 (Perlis). |
augering | menggerudi | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Proses memasukkan pembohor ke dalam tanah untuk memperoleh struktur stratigrafi. Tujuannya adalah untuk mendapatkan struktur tanah dan data arkeologi. Sekiranya ditemui cangkerang pada pembohor, boleh diandaikan sesuatu tapak itu merupakan bekas kawasan paya atau berhampiran dengan sungai. Contohnya, di kawasan tapak arkeologi Almarhum Kayang (Perlis). |