insolvency | ketakmampuan bayar | Ekonomi | Ekonomi Islam | Ketidakmampuan sesebuah syarikat untuk membayar balik hutang. Keadaan ini menunjukkan nilai bersih syarikat adalah negatif. Ketidakmampuan ini bukan sahaja dihadapi oleh syarikat yang meminjam tetapi juga oleh institusi kewangan yang memberi pinjaman. Hal ini kerana sebarang ketidakmampuan membayar oleh peminjam akan menjejaskan kemampuan institusi kewangan untuk memenuhi tuntutan pengeluaran deposit pelanggannya. Situasi ini boleh menyebabkan berlakunya keadaan panik dalam kalangan pendeposit yang membawa kepada serbuan bank. Institusi kewangan Islam dijangka kurang menghadapi keadaan ini sekiranya mengurangkan pembiayaan hutang dan memperbanyakkan pembiayaan ekuiti. |