Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
udara (kata nama)
1. Bersinonim dengan hawa: angin

2. Bersinonim dengan langit: angkasa, cakerawala, jumantara, awang-awang, bumantara,
Berantonim dengan bumi

3. Bersinonim dengan keadaan: suasana, perihal.,



Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
empty cell processproses sel kosongPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanProses mengawet kayu menggunakan tekanan dan vakum. Keadaan udara di dalam kayu berada pada tekanan atmosfera atau lebih, sebelum dimasukkan pengawet dengan menggunakan tekanan. Selepas itu vakum digunakan untuk mengeluarkan pengawet dari dalam sel kayu, dan juga untuk menentukan permukaa kayu tersebut kering. Cara ini boleh memberikan penembusan pengawet yang maksimum dengan retensi bersih yang kurang terkawal.
saturationketepuanSainsHidrometeorologiKeadaan udara lembap yang, pada suhu dan tekanan tertentu, mempunyai nisbah percampuran yang membolehkan udara lembap wujud bersama dalam keadaan kesetaraan neutral dengan fasa terpeluwap yang berkaitan (cecair atau pepejal) pada suhu dan tekanan yang sama, dengan permukaan pemisah merupakan suatu satah.
isobaric analysisanalisis isobarMeteorologiMeteorologi PerhubunganAnalisis di sepanjang permukaan tekanan malar yang merangkumi perubahan geokeupayaan, suhu, kelembapan, dan angin. Analisis ini digunakan dalam kajian keadaan udara atas.
wet airudara lembapSainsHidrometeorologiKeadaan udara yang basah walaupun tiada hujan. Keadaan ini berlaku apabila jisim udara panas, tepu atau hampir tepu, menggantikan jisim udara kering dan sejuk. Udara lembap ditunjukkan oleh huruf dalam Penandaan Beaufort.
air conditioningpenyamanan udaraKejuruteraanKejuruteraan MekanikProses pengawalan keadaan udara dalam ruang tertutup untuk meningkatkan kualiti udara. Aspek yang dikawal adalah seperti suhu dan pergerakan udara, kelembapan dan kebersihan udara. Terdapat beberapa jenis alat penyamanan udara seperti jenis unit terpisah dan berpusat.
degree of saturationdarjah ketepuanSainsHidrometeorologi1. Keadaan medium berliang yang lowongnya dipenuhi air. 2. Nisbah ruang berliang yang dipenuhi air terhadap jumlah ruang berliang. 3. Keadaan udara lengas yang dicirikan oleh keseimbangan sementara atas dari permukaan sejatan di antara molekul yang berpisah dari dan yang turun ke permukaan itu. Penyejatan berakhir dalam keadaan itu. 4. Keadaan keseimbangan dinamik bahan terlarut antara fasa yang berlainan sebagai wap, cecair atau pepejal.
saturation syn. degree of ssaturationketepuanHidrologiTiada(1) Keadaan medium berliang yang lowongnya penuh air. (2) Sin. darjah ketepuan. Nisbah ruang berliang yang dipenuhi air terhadap jumlah ruang berliang. (3) Keadaan udara lengas yang dicirikan oleh keseimbangan sentara atas dari permukaan sejatan di antara molekul yang berpisah dari dan yang turun ke permukaan itu. penyejatan berakhir dalam keadaan demikian. (4) Keadaan keseimbangan dinamik bahan terlarut antara fasa yang berlainan, misalnya sebagai wap, cecair, atau pepejal. Sin.: darjah ketepuan.
moisture gradientkecerunan lembapanPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanKeadaan semasa proses pengeringan kayu apabila kandungan lembapan berkurangan daripada bahagian dalam ke permukaan kayu. Istilah ini juga khusus digunakan untuk menerangkan keluk taburan kandungan lembapan dalam kayu. Kecerunan lembapan kayu dipengaruhi oleh nilai ketelapan, kandungan lembapan awal, ketumpatan, keadaan udara, dan persekitaran.
air pocketpoket udaraKejuruteraanKejuruteraan Mekanik1. Ruang yang berisi udara dalam sesebuah bekas cecair. Udara terperangkap dalam cecair tersebut kerana terdapat halangan atau keadaan bentuk dalaman bekas yang boleh memerangkap udara. Udara juga mungkin terperangkap kerana kelikatan bendalir terlalu tinggi sehingga menyebabkan udara tidak dapat dibebaskan. 2. Kawasan ruang udara atmosfera yang bertekanan rendah dan menyebabkan pengurangan daya angkat secara tiba-tiba. Keadaan ini sering berlaku di laluan kapal terbang yang mempunyai pergerakan udara yang bergelora dan menyebabkan tekanan ruang udara jatuh dan menjadikan tekanan rendah daripada tekanan persekitaran.
distress messagepesanan cemasAeroangkasaTiadaSatu panggilan radio kecemasan secara piawai yang menyatakan kedudukan pesawat udara, masa, arah dituju, laju, altitud, jenis pesawat udara, keadaan kecemasan dan hasrat juruterbang. Contohnya panggilan May Day.,Satu panggilan radio kecemasan secara piawai yang menyatakan kedudukan pesawat udara, masa, arah dituju, laju, altitud, jenis pesawat udara, keadaan kecemasan dan hasrat juruterbang. Contohnya panggilan May Day.
12345678910...

Kembali ke atas