markah kecantikan | markah kecantikan | Kesenian | Tiada | Markah yang dikira daripada aspek daya cipta, bentuk, corak, hiasan dan warna semasa wau di bumi. |
cosmetic | kosmetik | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Alat solek untuk mencantikkan, menambah kecantikan atau mengekalkan kecantikan rupa paras seseorang atau membersih, mewarna dan melindungi kulit, rambut, kuku, bibir, mata dan gigi seseorang. |
beauty influencer | pempengaruh kecantikan | Komunikasi Massa | Tiada | Individu yang mempunyai kuasa untuk mempengaruhi orang lain dalam bidang kecantikan menerusi kuasa, ilmu pengetahuan, kedudukan atau hubungannya dengan pengguna. |
make-up tutorial | tutorial solek | Kesenian | Tiada | Pengajaran tentang cara bersolek atau menggunakan produk kecantikan yang boleh ditonton melalui rakaman video atau secara langsung di media sosial. Tutorial solek biasanya dilakukan oleh artis atau pempengaruh kecantikan. |
make-up tutorial | tutorial solek | Kesenian | Tiada | Pengajaran tentang cara bersolek atau menggunakan produk kecantikan yang boleh ditonton melalui rakaman video atau secara langsung di media sosial. Tutorial solek biasanya dilakukan oleh artis atau pempengaruh kecantikan. |
pretty privilege | keistimewaan kirana/keistimewaan kecantikan | Umum | Tiada | Kelebihan atau manfaat yang diperoleh oleh seseorang kerana wajah dan penampilan fizikal mereka yang menarik menyebabkan mereka sentiasa mendapat tempat masyarakat. |
landscape beauty | keindahan landskap | Landskap | Tiada | Kecantikan semula jadi suatu landskap yang dapat menarik perhatian pemerhati. |
manicure | rawatan tangan | Umum | Tiada | Rawatan kecantikan untuk tangan dan kuku tangan. |
pedicure | rawatan kaki | Umum | Tiada | Rawatan kecantikan untuk kaki dan kuku kaki. |
beautician | jurusolek | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Orang yang memberi rawatan kecantikan untuk kulit dan rambut. |