rumour intensity formula | formula kehebatan khabar angin | Sosiologi | Tiada | Tiada |
coupon | kupon | Kejuruteraan | Petroleum | Sinonim: kupon kakisan Jalur logam yang kecil yang dicelup ke dalam atau didedahkan kepada sistem, seperti sistem bendalir, untuk mengetahui tabii dan kehebatan kakisan yang terjadi di dalam sistem yang bersangkutan, terutama kadar kakisan yang berlaku. Boleh juga digunakan untuk mengesan pengaruh bahan pencegah kakisan terhadap tabii atau kehebatan kakisan pada sistem tempat bahan tersebut dimasukkan. |
the sublime | sublim | Kesusasteraan | Tiada | Kehebatan, keagungan dan martabat sesebuah karya sastera. Keagungan dari segi pemikiran dan falsafah, ketinggian perasaan, kehalusan bahasa dan susunan karya sehingga melahirkan kesan ketakjuban pada pembaca. Idea tentang sublim ini dipandang tinggi dan dibincangkan oleh penulis pada kurun ke-18. Walau bagaimanapun, sublim menjadi penting selepas tulisan Edward Burke yang menghujahkan bahawa sublim bukan terbit daripada sesuatu keindahan, tetapi terbit daripada gabungan perasaan takut, gerun, atau ketidakselesaan semasa berdepan dengan keluasan alam. Pandangan ini melahirkan teori estetik dan psikologi tentang sublim yang kemudiannya mempengaruhi ahli falsafah Jerman Immanuel Kant. |
megalomania | megalomania | Perubatan | Tiada | Anggapan seseorang terhadap dirinya tentang kehebatan, kebaikan atau kuasanya yang keterlaluan. |
phototoxic | fototoksik | Biologi | Fisiologi | Keadaan yang berkaitan dengan atau dicirikan oleh kehebatan gerak balas selaran matahari terhadap cahaya ultra ungu. |
romance | roman; hikayat | Kesusasteraan | Tiada | 1. Prosa naratif yang mengisahkan tentang kepahlawanan, kehebatan, pengembara dan percintaan.,2. Novel prosa rekaan yang panjang yang menonjolkan tokoh-tokoh dan menampilkan serangkai peristiwa dan latar secara tersusun. |
miles gloriosus | miles gloriosus | Kesusasteraan | Tiada | Watak yang suka bercakap besar tentang kehebatan dirinya tetapi sebenarnya dia seorang yang pengecut. Miles gloriosus merupakan watak prototaip dalam komedi Plautus, dramatis Romawi pada kurun ke-2. Watak ini kemudian menjadi watak stok yang sering terdapat dalam drama Inggeris. Watak ini juga dimanfaatkan dalam karya moden sebagai teman sampingan wira dengan tujuan untuk meningkatkan kehebatannya. Contoh watak miles gloriouses ialah Falstaff dalam drama Henry IV oleh Shakespeare. Contoh watak dalam sastera Melayu ialah Wak Long dan Wak Dogol dalam persembahan wayang kulit. |
hidden gem | permata tersembunyi | Umum | Tiada | Seseorang atau sesuatu yang memiliki nilai, kehebatan atau keindahan tetapi tidak diketahui oleh banyak orang. |
epic fantacy | fantasi epik | Kesusasteraan | Tiada | Karya fantasi yang memiliki ciri-ciri umum karya epik. Antara ciri-ciri tersebut termasuklah gambaran kehebatan wira yang luar biasa, latar yang luas tanpa batasan, unsur kayangan, kedewaan dan sebagainya. Dalam kesusasteraan Melayu tradisional, unsur-unsur fantasi epik banyak ditemui dalam karya hikayat penglipur lara yang menceritakan kegagahan dan pengembaraan wira yang luar biasa. Contohnya, Hikayat Bayan Budiman. |
chronicle play | lakon kronikal | Kesusasteraan | Tiada | Drama yang mengutamakan peristiwa-peristiwa bersejarah dalam pemerintahan seorang raja. Lebih banyak memperlihatkan kebesaran dan kehebatan sesuatu peristiwa adat istiadat pertabalan dan sebagainya. Sinonim drama sejarah. |