nursing actions | tindakan kejururawatan | Kejururawatan | Tiada | Pelaksanaan penjagaan kejururawatan yang terdiri daripada dua kategori, iaitu: (a) tindakan autonomi kejururawatan (b) tindakan kejururawatan berpreskripsi. |
rural nursing | kejururawatan luar bandar/kejururawatan pedalaman | Kejururawatan | Tiada | Bidang kejururawatan yang memfokuskan kepada penjagaan kesihatan penduduk yang tinggal jauh dari bandar. |
nursing | kejururawatan | Kejururawatan | Tiada | Perihal pengurusan dan amalan kejururawatan yang dilakukan oleh seorang jururawat berdaftar. |
nursing rationale | rasional kejururawatan | Kejururawatan | Tiada | Tindakan kejururawatan yang menjelaskan sebab dan akibat sesuatu tindakan yang akan dilakukan. |
nursing care | penjagaan kejururawatan | Kejururawatan | Tiada | Khidmat penjagaan kejururawatan yang merangkumi pemerhatian, pengurusan, pelaksanaan, keprihatinan dan pemakluman kepada pesakit. |
nursing assessment | pentafsiran kejururawatan | Kejururawatan | Tiada | Langkah pertama dalam proses kejururawatan yang dilakukan untuk mengumpul dan menganalisis maklumat yang diperoleh melalui interaksi dengan pesakit, keluarga dan ahli kesihatan lain. |
International Classification for Nursing Practice (ICNP) | Pengelasan Antarabangsa Amalan Kejururawatan (ICNP) | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Klasifikasi antarabangsa dalam bidang kejururawatan. ICNP merangkumi amalan kejururawatan, tindakan dan hasil kejururawatan. ICNP bertujuan untuk meningkatkan komunikasi antara jururawat dengan pengamal perubatan yang lain. ICNP membolehkan data kejururawatan tersedia untuk digunakan dalam sistem maklumat penjagaan kesihatan di seluruh dunia. |
nursing autonomy | autonomi kejururawatan | Kejururawatan | Tiada | Kebebasan dalam membuat keputusan sendiri untuk melaksanakan tindakan kejururawatan. |
nursing care plan | perancangan jagaan kejururawatan | Kejururawatan | Tiada | Perancangan kejururawatan yang disediakan untuk memenuhi keperluan pesakit sebelum memulakan perawatan. |
nursing case management | pengurusan kes kejururawatan | Kejururawatan | Tiada | Pengurusan kejururawatan yang bertujuan untuk mencapai penjagaan berkualiti, keberkesanan kos dan mencapai matlamat organisasi. Ia melibatkan kerjasama antara jururawat dengan semua ahli kesihatan yang lain. |