Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ku.ning.ku.ni.ngan] | ککونيڠن - کونيڠن

Definisi : berwarna agak kuning: tanah liat yg berwarna ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ku.ning.ku.ni.ngan] | ککونيڠن - کونيڠن

Definisi : agak kuning warnanya; seakan-akan kuning: tanah liat yg ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kekuning-kuningan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Cassytha filiformistali putriHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan dalam famili Lauraceae yang dikenali juga sebagai cemar batu. Tumbuhan ini jenis parasit tanpa daun dan akar. Batangnya berwarna hijau kekuning-kuningan, melilit pada pokok seperti tali dan melekat pada perumah melalui haustoria. Bunganya kecil, berwarna putih kekuning-kuningan dan tersusun pada jambak bunga jenis spika. Buahnya bulat, jenis beri dan bersaiz kecil. Tumbuhan ini mengandungi kasifilin, kasitin, kasitidin, laurotetanin dan galaktitol. Tumbuhan ini hidup liar di kawasan semak terbuka dan bersifat astringen dan diuretik. Air rebusan tumbuhan ini diminum untuk merawat cirit-birit, buasir, ekzema, ulser, kecacingan, masalah dalam perut, sakit kepala, malaria, demam, edema, hepatitis, masalah urinari, gonorea, sifilis dan resdung. Air rebusan digunakan secara luaran untuk merawat kegatalan kulit, mencuci mata dan melebatkan serta menghitamkan rambut.
lipofuscinlipofusinGerontologiTiadaPigmen perang kekuning-kuningan dalam sitoplasma beberapa sel saraf.
colostrumkolostrumKejururawatanTiadaCecair putih kekuning-kuningan yang keluar daripada payudara ibu pada lewat kehamilan atau sebelum permulaan pengaliran susu.
xanthinexantinaKimiaBiokimiaHablur berwarna kekuning-kuningan yang larut di dalam eter, larut sedikit di dalam air dan alkohol, dan digunakan sebagai racun kulat dan bahantara untuk bahan kimia lain.
exudateeksudatPerikananAkuakulturBendalir berwarna kekuning-kuningan yang keluar daripada saluran darah ikan dan terkumpul di dalam atau di permukaan organ/tisu akibat keradangan. Keadaan ini berpunca daripada jangkitan penyakit.
pusnanahKejururawatanTiadaCecair pekat kekuning-kuningan atau kehijau-hijauan terbentuk pada tapak jangkitan. Nanah terdiri daripada sel-sel darah putih yang sudah mati, bakteria hidup dan mati dan serpihan-serpihan tisu yang telah mati.
rutinrutinPentadbiran PerniagaanTiadaBioflavonoid serbuk kekuning-kuningan yang didapati di dalam kebanyakan tumbuhan terutamanya buckwheat dan tembakau.
protochlorophllprotoklorofilBiologiHistologi dan SitologiPigmen kekuning-kuningan yang terdapat pada kloroplas tumbuh-tumbuhan yang hidup di dalam gelap, dan ditukar menjadi klorofil oleh agen cahaya.
plasmplasmaFarmasiBioteknologi FarmasiCecair berwarna kekuning-kuningan yang merupakan sebahagian daripada darah. Plasma terdiri daripada 92% air dan 8% zat terlarut. Sebahagian besar zat terlarut ialah protein, seperti albumin, globulin, faktor pembekuan darah dan fibrinogen.
lymphlimfaAIDSTiadaCecair lut sinar dan kekuning-kuningan yang terdapat dalam pembuluh sistem limfa yang berasal daripada cecair tisu dan cecair ini mengandungi limfosit.
1234

Kembali ke atas