knuckle thread | ulir sendi | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Jenis ulir skru yang berkeratan rentas separuh bulatan. Jejarinya bersamaan dengan satu perempat pic dan mempunyai kelegaan yang agak luas. Kelegaan ini membolehkan geseran yang tinggi antara bahagian jantan dengan betina. Contohnya, mentol lampu menggunakan ulir jenis ini. |
headway | kelegaan laluan | Kesenian | Tiada | Kelegaan ruang yang membolehkan sesuatu benda bergerak melaluinya. |
headspace | kelegaan ruang muatan | Kesenian | Tiada | Kelegaan ruang yang terdapat antara muatan dengan ruang keseluruhannya. |
front clearance | kelegaan depan | Kesenian | Tiada | Kelegaan ruang yang terdapat pada bahagian depan sesuatu benda. |
comic relief | kelegaan komik | Kesusasteraan | Tiada | Kelegaan khalayak daripada ketegangan emosi melalui kehadiran watak, episod atau dialog lucu. |
tappet clearance | kelegaan tapet | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Lihat kelegaan injap. |
side clearance | kelegaan sisi | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Lihat kelegaan omboh. |
valve clearance; | kelegaan injap | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Jarak di antara hujung batang injap dengan lengan angguk bagi enjin aci sesondol atas atau jumlah jarak kelegaan dalam rangkaian injap bagi enjin aci sesondol sisi ketika injap dalam keadaan tertutup. Jarak ini diperlukan untuk memastikan injap benar-benar tertutup dan membenarkan pengembangan komponen rangkaian injap akibat tindakan haba. Sinonim kelegaan tapet. |
comic relief | kelegaan komik | Kesenian | Drama dan Teater | Mekanisme dalam plot drama yang tegang dengan menyelitkan situasi yang lebih ringan atau melucukan bagi memberikan kelegaan kepada khalayak. |
piston clearance | kelegaan omboh | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Ruang di antara dinding kambi omboh dengan dinding silinder. Ruang ini digunakan untuk mengelakkan geseran sisi antara omboh dengan dinding silinder. Sinonim kelegaan sisi. |