drought | kemarau | Hidrologi | Tiada | (1) Ketiadaan kerpasan yang berlanjutan, kekurangan kerpasan yang ketara atau taburan kerpasan yang sedikit. (WMO) (2) Tempoh cuaca kering yang luar biasa panjangnya dan oleh kerana kurangnya kerpasan berlakunya ketidakseimbangan hidrologi yang teruk. |
napier grass | rumput gajah | Veterinar | Tiada | Rumput yang ditanam dengan menggunakan keratan batang yang telah tua. Rumput ini mempunyai ciri-ciri pertumbuhan cergas, memerlukan baja yang banyak terutamanya nitrogen, hasil bahan keringnya tinggi tetapi berkurangan pada musim kemarau. Rumput ini merupakan rumput tahunan yang tegap, menyerupai tebu dan boleh tumbuh setinggi 2-5 meter. Namun, terdapat juga rumput jenis renek yang tingginya 1-1.5 meter. Rumput ini mempunyai umbisi yang mudah membiak dan mengeluarkan anak. Daunnya pula agak lebar, nipis dan mempunyai tulang daun yang tegap. Rumput ini memerlukan tanah yang subur untuk pertumbuhan yang baik. Tanah peroi paling sesuai untuk tanaman rumput gajah. Ternakan lebih gemar rumput gajah yang muda kerana batangnya lebih lembut. Rumput gajah dipotong pada setiap 4-6 minggu dan hasil bahan keringnya ialah 20-30 tan/hektar setahun. Manakala, kandungan protein kasarnya pula sebanyak 10%. Nama saintifik: Pennisetum purpureum. |
grassland | padang rumput | Geografi | Tiada | 1. Salah satu daripada subpengelasan tumbuh-tumbuhan dunia. Ia tumbuh di kawasan yang kekurangan kerpasan dan satu musim kemarau yang tidak menggalakan tumbuhan pokok - pokok. |
grassland | padang rumput | Geologi | Tiada | 1. Salah satu daripada subpengelasan tumbuh-tumbuhan dunia. Ia tumbuh di kawasan yang kekurangan kerpasan dan satu musim kemarau yang tidak menggalakan tumbuhan pokok - pokok.,2. Sebarang kawasan tumbuhan darat herba yang didominasi oleh spesies graminoid dan rumput. |
seasonal crop | tanaman bermusim | Pertanian | Agronomi | 1. Tanaman jangka pendek yang ditanam mengikut cuaca. Contohnya, padi ditanam pada musim tengkujuh, manakala tembakau ditanam pada musim kemarau. 2. Tanaman yang berbuah pada musim tertentu dan tidak sepanjang tahun. Contohnya, durian dan rambutan. |
guinea grass | rumput kuda | Veterinar | Tiada | Salah satu jenis rumput terpilih yang sesuai ditanam di kawasan tropika. Terdapat beberapa jenis rumput kuda iaitu jenis biasa, ‘green panic’, hamil, coloniao dan makuene. Rumput ini mempunyai ketinggian 1.5-2.0 meter dan menghasilkan bahan kering yang tinggi iaitu 20-26 tan/hektar/tahun. Rumput ini sesuai untuk ragutan 2-3 ekor lembu/kerbau atau 15-20 ekor kambing/biri-biri bagi setiap hektar di sepanjang tahun. Kandungan protein kasarnya ialah 10-12% dan sesuai ditanam di pelbagai jenis tanah. Rumput ini tahan pada musim kemarau yang panjang tetapi memerlukan keadaan lembab untuk hidup subur. Walau bagaimanapun, rumput ini tidak sesuai di kawasan air bertakung. Nama saintifik: Panicum maximum. |
leucaena | petai belalang | Veterinar | Tiada | Kekacang yang mempunyai nilai pemakanan yang tinggi, tahan terhadap pemotongan yang kerap, memberi hasil yang tinggi dan sesuai di kawasan yang mengalami taburan hujan yang rendah jika tanahnya subur. Kekacang ini kurang sesuai pada keadaan tanah yang berpasir atau air bertakung. Tanaman ini mempunyai akar tunjang yang panjang, terutamanya di tanah beralkali dan keadaan ini membuatkan ia tahan terhadap keadaan kemarau. Petai belalang ditanam menggunakan biji benih pada jarak 50 cm di antara pokok dan 1 meter di antara baris. Tanaman ini boleh menghasilkan bahan kering sebanyak 15-20 tan/hektar/tahun dengan protein kasar sebanyak 22-24%. Daun petai belalang amat disukai oleh ternakan ruminan. Ragutan yang berlaku di kawasan petai belalang yang bercampur dengan rumput boleh meningkatkan pengeluaran ternakan. Selain itu, petai belalang juga mengandungi mimosin iaitu sejenis racun yang boleh menyebabkan keguguran bulu, kehilangan selera makan, pengeluaran air liur yang berlebihan dan pembesaran kelenjar tiroid |