demand curve | keluk permintaan | Kejuruteraan | Tiada | Gambar rajah yang menunjukkan berapa banyak sesuatu barangan keluaran besar kemungkinannya akan dibeli dengan harga tertentu. |
dead | mati; sudah guna | Kejuruteraan | Tiada | 1. Keadaan logam lebur yang pekat dan likat kerana tidak cukup terlebur atau berada terlalu lama di dalam centong.,2. Komputer atau alat lain yang tidak berfungsi.,3. Kawasan enapan yang telah mengenap sepenuhnya dan besar kemungkinannya tidak akan bergerak lagi.,4. Ruang tertutup yang mempunyai tempoh penggemaan yang jauh lebih kecil daripada biasa apabila dilihat daripada segi saiz dan keperluan-keperluan rakaman.,5. Bahan binaan yang telah merosot. |
risk management | pengurusan risiko | Komunikasi | Korporat | Sistem dan proses pengesanan dan pengawalan unsur yang dijangka boleh menimbulkan masalah dan menjadi punca krisis kepada organisasi. Salah satu peranan perhubungan awam adalah untuk menghalang berlakunya sesuatu insiden atau keadaan yang boleh menimbulkan masalah sehingga menjejaskan dan mencemarkan citra organisasi. Pihak pengurusan perhubungan awam bertanggungjawab menyediakan strategi bagi mengurus dan mengawal keadaan tersebut sebelum berlakunya implikasi yang boleh memudaratkan organisasi. Antara kaedah yang kerap digunakan adalah dengan mengenal pasti masalah, mengadakan siri komunikasi dengan pihak yang dijangka menimbulkan masalah, dan memberikan pampasan kepada pihak yang boleh menimbulkan masalah. Selain itu, kaedah lain yang boleh digunakan adalah dengan memastikan masalah yang berpotensi menimbulkan risiko yang tinggi tidak didedahkan kepada pihak media yang kemungkinannya boleh menjadi suatu krisis. |