periodontal destruction | kemusnahan periodontium | Perubatan | Tiada | Kemusnahan tisu periodontium bercirikan keradangan, perpindahan atakmen gingiva ke apeks dan akhirnya pempoketan. |
periodontal destruction indices | indeks kemusnahan periodontium | Perubatan | Tiada | Indeks untuk menilai kemusnahan periodontium. Mungkin berdasarkan rekod inflamasi gingiva dan papila seperti indeks PMA; peringkat penglibatan gingiva dan periodontium seperti P.I. atau ukuran kehilangan atakmen seperti D.D.I. |
prooxidant | bahan prooksida | Herba | Fitokimia | Sebatian kimia yang menggalakkan tekanan oksidatif sama ada melalui pembentukan spesies oksigen reaktif atau perencatan sistem bahan antioksida. Contohnya, pengambilan berlebihan bahan analgesik parasetamol mengakibatkan kemusnahan hati yang sebahagian kemusnahan tersebut berpunca daripada penghasilan spesies oksigen reaktif. Sesetengah sebatian boleh bertindak sebagai bahan antioksida dan bahan prooksida bergantung pada keadaan tertentu seperti kepekatan sebatian kimia, kehadiran oksigen atau logam peralihan. |
plant disease | penyakit tanaman | Pertanian | Agronomi | Kemusnahan atau kerosakan tanaman akibat jangkitan kulat, bakteria, virus, nematoda atau pokok parasit. Keadaan ini tidak termasuk kemusnahan akibat serangga atau binatang. |
just in war (jus in bello) | keadilan dalam perang | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Konsep yang berkaitan dengan penentuan tatacara peperangan yang dianggap adil. Tatacara atau senjata yang digunakan dalam peperangan sepatutnya mengakibatkan tahap kemusnahan dan kesengsaraan yang sama antara pihak yang menyerang dengan pihak yang diserang. Oleh itu, walaupun sesebuah negara melancarkan serangan balas atas dasar membela diri, tetapi negara tersebut masih lagi dianggap menggunakan tatacara serangan yang tidak adil sekiranya serangan tersebut mengakibatkan kemusnahan dan kesengsaraan yang lebih teruk berbanding kerosakan yang dialaminya akibat serangan musuhnya. Contohnya, konflik yang berterusan antara rejim Israel dengan Palestin. Dalam serangan balas Israel terhadap rakyat Palestin, kemusnahan lebih dahsyat berbanding kemusnahan yang berlaku kepada pihak Israel. |
intentional attack | serangan sengaja | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Serangan yang dilakukan oleh sesebuah negara atau pihak lain seperti kumpulan pemberontak dan pengganas, bertujuan untuk mendatangkan kemusnahan jiwa, harta benda dan alam sekitar. Sekiranya serangan sengaja menjadi objektif ketenteraan dan menyebabkan kemusnahan yang melampau kepada orang awam atau objek awam, maka jenayah perang telah berlaku. |
breakdown | kemusnahan; penghuraian; keruntuhan | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
breakdown | kemusnahan; penghuraian; keruntuhan | Pentadbiran | Tiada | Tiada |
breakdown | kemusnahan; penghuraian; keruntuhan | Perubatan | Tiada | Penghuraian: Proses biologi yang menghuraikan bahan kompleks kepada yang lebih ringkas. |
breakdown | kemusnahan; penghuraian; pembelah | Perhutanan | Tiada | Tiada |