Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.re.da.an] | کرداءن

Definisi : kerelaan: terhasil sebuah masya­rakat yg berdisiplin, sebuah negara yg aman damai di bawah ~ Allah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.re.da.an] | کرداءن

Definisi : perihal reda, ketenangan, ke­aman­an, kekurangan: rasa hormat yg demikian itu dgn sendirinya membawa ketenangan sua­sana, ~ suara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.re.da.an] | کرداءن

Definisi : perihal atau keadaan reda; keikhlasan; kerelaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ke.re.da.an] | کرداءن

Definisi : keadaan atau hal reda; ketenangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
reda (kata kerja)
1. Bersinonim dengan berhenti: sidang, redup, teduh, sereyat,

2. Bersinonim dengan berkurangan: semakin kurang, semakin pulih, semakin baik,

Kata Terbitan : meredakan, keredaan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
resolutionkeredaanPerubatanTiadaBerkurangnya keadaan sesuatu penyakit kepada keadaan normal, misalnya kurangnya inflamasi atau bengkakan.
ameliorationkebahPerubatanTiadaKeredaan penyakit.
boom-and-bust cyclekitar letus-lawasBiologiPatologiKitar yang melibatkan perkembangan dinamik populasi patogen dan perumah di alam, yang menyebabkan berlakunya edipemi dan diikuti dengan keredaan penyakit. Apabila banyak tumbuhan perumah yang mengandungi gen rentan ditanam dalam kawasan yang luas pada masa yang lama, maka populasi patogen akan meningkat dengan cepat hingga boleh menimbulkan epidemi. Ini menyebabkan proporsi tumbuhan sihat berkurang, dan musuh alam bagi patogen tersebut juga meningkat hingga menyebabkan populasi patogen menurun. Sebaliknya, apabila berlaku epidemi, suatu varieti baru yang tahan terhadap ras patogen tersebut akan ditanam secara meluas, yang akhirnya akan mengalami kemusnahan juga, akibat timbulnya ras baru patogen yang lebih virulen.
bai‘ ta’ahjual beli tanpa lafazPerniagaan IslamTiadaAkad jual beli yang berlaku tanpa wujud lafaz ijab dan kabul apabila pihak berakad saling member, iaitu penjual menyerahkan produk dan pembeli menghulurkan bayaran tanpa menyebut “Saya menjual” atau “Saya membeli”. Sebahagian ulama membenarkan bai‘ ta’ah kerana wujud unsur rela dan diterima sebagai jual beli dari sudut adat. Dalam mazhab Syafii, rukun sighat dalam bentuk lafaz adalah diperlukan sebagai tanda keredaan.
kafalahjaminanPerniagaan IslamTiadaGabungan tanggungjawab penjamin bersama pihak yang dijamin dengan pihak penerima jaminan. Penjamin bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan yang ditanggung oleh pihak yang dijamin. Contohnya, pelanggan berhutang dengan bank dan mempunyai seorang penjamin. Penjamin memaklumkan kepada bank, sekiranya pihak yang dijamin tidak menjelaskan hutang yang telah dibuat, penjamin tersebut akan melangsaikannya. Ungkapan ini membentuk akad jaminan. Mengikut mazhab Hanafi, kafalah termeterai dengan adanya ijab daripada penjamin dan qabul daripada pihak yang dijamin. Mazhab Maliki, Syafii serta Hambali berpendapat bahawa akad kafalah termeterai hanya dengan ijab sahaja walaupun tanpa keredaan pihak penerima jaminan. Sinonim daman.

Kembali ke atas