Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ker.ja.ya] | کرجاي

Definisi : 1. perjalanan atau kemajuan seseorang dlm sesuatu lapangan kehidupan: ~ Churchill sbg ahli politik; 2. profesion atau pekerjaan yg dipilih sbg cara mencari nafkah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ker.ja.ya] | کرجاي

Definisi : 1 perkembangan dan kemajuan seseorang (golongan dll). 2 usaha atau cara mencari nafkah (dgn makan gaji, berniaga dsb). berkerjaya mempunyai kerjaya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kerjaya


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
career developmentpembangunan kerjayaPentadbiranPentadbiran Awam

Tindakan atau program yang diwujudkan untuk memberi peluang kepada setiap pekerja memenuhi matlamat masa depan kerja mereka. Menurut Robbins (1999), pembangunan kerjaya merujuk kepada turutan kedudukan jawatan yang dipegang oleh individu sepanjang tempoh perkhidmatannya. Program pembangunan kerjaya direkabentuk oleh organisasi untuk membolehkan pekerja berkembang dalam organisasi. Tumpuan utama program pembangunan kerjaya adalah untuk memberikan maklumat, penilaian dan keperluan latihan bagi membantu pekerja merealisasikan matlamat kerjaya mereka. Pembangunan kerjaya juga merupakan satu cara untuk organisasi menarik dan mengekalkan pekerja yang berkebolehan. Sinonim perkembangan kerjaya

career serviceperkhidmatan kerjayaPentadbiranPentadbiran Awam

Kemudahan yang disediakan kepada anggota organisasi untuk meningkat dan mengembangkan kemajuan diri dan peluang kerja. Perkhidmatan kerjaya berperanan untuk memberi galakan dan motivasi kepada setiap kakitangan dengan memberi peluang meningkatkan pengetahuan, latihan atau pengembangan lain dalam kerjaya. Pengetahuan, latihan dan pendedahan yang lebih baik, akan mewujudkan lebih ramai pekerja yang lebih berkelayakan dan berpengalaman dalam mengendalikan sesuatu bidang tugas dengan lebih cekap dan berkesan. Perkhidmatan kerjaya biasanya dikendalikan oleh satu unit khas seperti Jabatan Sumber Manusia atau Pengurusan Personel dalam sesebuah organisasi yang diawasi oleh pihak pentadbir atasan. Contoh perkhidmatan kerjaya yang disediakan ialah program pembangunan kerjaya, maklumat dan latihan yang diperlukan oleh kakitangan.

career counselingkaunseling kerjayaPsikologiPsikologi UmumKaedah kaunseling secara kelompok atau individu yang memfokus kepada matlamat untuk meningkatkan kesedaran klien mengenai kerjaya dan keputusan berkaitan pemilihan kerjaya yang sesuai.
career diplomatdiplomat kerjayaSejarahTiadaKerjaya dalam bidang diplomatik
career developmentperkembangan kerjayaPentadbiranPengurusan,

 Lihat pembangunan kerjaya.

horizontal career pathaliran kerjaya mendatarPentadbiran PerniagaanTiadaSaluran kerjaya yang telah ditetapkan oleh organisasi untuk memberi peluang kepada pekerja bertukar kepada kedudukan lain dalam kategori yang sama.
vertical career pathaliran kerjaya menegakPentadbiran PerniagaanTiadaSaluran kerjaya yang telah ditetapkan oleh sesuatu organisasi untuk memberi peluang kepada pekerja meningkat kepada kedudukan yang lebih tinggi.
network career pathhaluan kerjaya rangkaianPentadbiranTiadaKaedah pembangunan kerjaya yang mengandungi peluang yang menegak dan mendatar.
dual career couplepasangan kerjaya dualPentadbiranTiadaPasangan suami isteri yang mempunyai kerjaya masing-masing.
career consulkonsul kerjayaSejarahTiadaKonsul yang bertugas untuk memberi nasihat dan tunjuk ajar tentang kerjaya.
1234567

Kembali ke atas