oil paper | kertas minyak | Teknik | Elektrik | Kertas khas yang terisi tepu dengan minyak galian atau sebatian lain dan dijadikan bahan penebat pembalut kabel berpenebat kertas. Kertas minyak biasanya digunakan pada kabel dalam tanah yang bersaiz antara 600/1000 V hingga 1900/3300 V. |
greaseproof paper | kertas minyak | Geografi | Tiada | Tiada |
greaseproof paper | kertas minyak | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
oil filter | penuras minyak | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Komponen yang dipasang pada sistem pelinciran untuk menyingkirkan zarah pelelas daripada minyak pelincir. Minyak pelincir perlu dituras sebelum dikitar semula dan digunakan semula sebagai pelincir. Proses ini dapat mengurangkan kehausan komponen yang bergesel dalam enjin. Bahan penuras diperbuat daripada medium poros seperti kertas. |
oil capacitor | pemuat minyak | Teknik | Elektrik | Pemuat yang menggunakan kertas terisi tepu minyak sebagai dielektriknya. Pemuat jenis ini kadangkala disebut juga pemuat elektrolit, dan biasanya mempunyai kekutuban positif dan negatif. |
support | alas | Kesenian | Tiada | Dasar untuk membuat lukisan cat, seperti kanvas dan papan untuk cat minyak, dan kertas untuk cat air. |
resin | resin | Herba | Fitokimia | Campuran sebatian asid karboksilik, minyak pati dan sebatian semula jadi lain yang tidak larut air. Pada umumnya, campuran ini mempunyai bau yang kuat tetapi sedap. Campuran ini membentuk bahan keras dan rapuh. Resin digunakan sebagai pewangi, pengilat, perekat dan penyalut kalis air bagi tekstil dan kertas. Contohnya, minyak keruing, kemenyan dan gaharu. |
artist board | bod lukis | Kesenian | Tiada | Kertas tebal yang digunakan untuk melukis dengan cat air atau cat minyak. |
cartridge type filter | turas kartrij | Kejuruteraan Kapal Terbang | Tiada | Turas pakai buang berunsur kertas, selulosa atau yang serupa dengannya, digunakan pada kedua-dua sistem minyak dan bahan api. |
Melaleuca leucadendron | gelam | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan beraroma jenis pokok dalam famili Myrtaceae yang dikenali juga sebagai pokok kayu putih. Tumbuhan ini biasanya tumbuh di hutan paya dan persisiran pantai. Silaranya tirus berwarna putih kelabu dan kulit batangnya lekang seperti kepingan kertas. Daunnya tersusun berpilin, kecil berbentuk tombak dan berwarna hijau kelabu. Bunganya kecil, berwarna putih dan wangi. Tumbuhan ini menghasilkan minyak pati yang dikenali sebagai minyak kayu putih. Minyak ini boleh diminum untuk merangsang perpeluhan, meningkatkan degupan jantung, mengatasi kekejangan, merawat lelah, batuk, selesema, kecacingan, jangkitan pada sistem kencing, perut memulas, kolera, mententeramkan fikiran dan mengurangkan rasa sakit. Minyak kayu putih digunakan secara luaran untuk merawat pirai (gout), lenguh anggota, sakit sendi, luka, sakit kepala, sakit gigi, sakit telinga, gigitan serangga, penyakit kulit, kulit melecur, untuk mencuci luka dan menghalang jangkitan. Minyak ini juga digunakan sebagai pewangi dalam bahan pembersih, penyegar ud |