cybersecurity | keselamatan siber | Teknologi Maklumat | Tiada | Amalan untuk mempertahankan aset siber seperti rangkaian, sistem, maklumat dan program atau aplikasi daripada ancaman siber seperti curi, kompromi atau serangan. Kaedah ini memerlukan pemahaman tentang ancaman maklumat yang berpotensi, seperti virus dan kod hasad yang lain. Strategi keselamatan siber termasuklah pengurusan identiti, pengurusan risiko dan pengurusan insiden. |
cybersecurity | keselamatan siber | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Amalan untuk mempertahankan aset siber seperti rangkaian, sistem, maklumat dan program atau aplikasi daripada ancaman siber seperti kecurian, kompromi atau serangan. Amalan ini memerlukan pemahaman tentang ancaman maklumat yang berpotensi, seperti virus dan kod hasad yang lain. Strategi keselamatan siber termasuklah pengurusan identiti, pengurusan risiko dan pengurusan insiden. |
cyber resilience | kebingkasan siber | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Kemampuan organisasi untuk berdaya tahan dan bertindak pantas dalam menghadapi dan memulihkan perniagaan daripada serangan siber. |
cyber terrorism | keganasan siber | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Satu bentuk jenayah kekerasan yang dirancang oleh individu atau kumpulan yang menggunakan ruang siber untuk menyerang pangkalan data, sistem komputer atau bentuk teknologi maklumat dan komunikasi yang lain di sesebuah negara. Tujuan utama serangan ini adalah untuk mengancam keselamatan dan ketenteraman awam. Jenayah ini biasanya dilakukan berdasarkan kepentingan ekonomi atau fahaman politik. Contohnya, penyebaran virus yang bertujuan untuk melemahkan dan menjejaskan sistem komputer sesebuah negara. |
cyberespionage | pengintipan siber | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Perbuatan memperoleh rahsia dan maklumat sulit tanpa kebenaran dan pengetahuan pemegang maklumat untuk manfaat peribadi, ekonomi atau politik yang dilakukan melalui Internet. |
spear phishing | pancing data serampang | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Cubaan dengan niat jahat melalui hantaran e-mel palsu untuk mengekstrak data daripada pengguna, organisasi atau perniagaan tertentu bagi pencurian identiti dan jenayah siber yang berkaitan. |