internal locus of control | lokus kawalan dalaman | Kejururawatan | Tiada | Individu yang mempercayai kesihatannya dikawal oleh dirinya sendiri. |
curative medicine | perubatan rawat sembuh | Kesihatan Awam | Tiada | Perubatan yang bertujuan untuk merawat pesakit agar kesihatannya dapat dipulihkan sepenuhnya dalam masa yang singkat. |
activities of daily living | akitiviti hidup harian | Gerontologi | Tiada | Keupayaan seseorang untuk melakukan aktiviti kehidupan harian dan pengekalan kesihatannya. Contohnya, menguruskan diri tanpa bantuan, dengan sedikit bantuan atau bergantung sepenuhnya pada bantuan orang lain. |
hypochondriasis | hipokondriasis | Psikologi | Psikologi Umum | Bentuk kecelaruan psikosomatik ringan yang diperlihatkan oleh individu yang terlalu mengambil berat tentang kesihatannya sehingga simptom yang kecil dipersepsikan sebagai besar kesannya kepada kesihatan diri. Contohnya, individu hipokondriasis boleh menggunakan pelbagai pil dan vitamin untuk mempertahankan diri atau mengelak daripada penyakit yang dijangka akan dihidapi. Individu ini mungkin mengadu mengalami pelbagai simptom yang terdapat pada satu-satu penyakit berbahaya, sedangkan pakar perubatan gagal mengesahkannya. Apabila pakar perubatan memberitahu pesakit hipokondriasis bahawa dia tidak mengalami apa-apa kecelaruan organik, biasanya pesakit tidak akan percaya dan sering kali memperolok-olokkan pakar kesihatan tersebut. |
surveillance | pengawasan | Kesihatan Awam | Tiada | Pengenaan seseorang yang tidak diasingkan kepada pemeriksaan atau siasatan berkala bagi menentukan keadaan kesihatannya dan memenuhi syarat yang dikenakan oleh pihak berkuasa. |
nonmedical insurance | insurans tanpa perubatan | insurans | Tiada | Kontrak insurans hayat atau kesihatan yang berdasarkan hanya kepada kenyataan insured mengenai kesihatannya tanpa sebarang pemeriksaan kesihatan. |
health behaviour | perilaku kesihatan | Kejururawatan | Tiada | Tingkah laku yang diamalkan oleh individu yang boleh memberi kesan positif atau negatif kepada kesihatannya. |
testimony | testimoni | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Pernyataan oleh individu yang mendakwa suatu produk herba atau kosmetik telah memberi manfaat kepada/terhadap kesihatannya. Testimoni tanpa bukti saintifik ini tidak boleh diterima sebagai pembuktian keberkesanan produk. |
nonmedical insurance | insurans tanpa perubatan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kontrak insurans hayat atau kesihatan yang berdasarkan hanya kepada kenyataan pihak yang diinsuranskan mengenai kesihatannya tanpa sebarang pemeriksaan kesihatan. |
metabolite fingerprinting | pencapjarian metabolit | Herba | Fitokimia | Proses yang digunakan untuk mengkategorikan pelbagai set data kepada beberapa kumpulan tertentu berasaskan corak data spektroskopi setiap sampel. Proses ini menggunakan kaedah kemometri terutama analisis komponen utama dan kaedah statistik lain ke atas data spektroskopi. Kaedah ini telah digunakan untuk pemiawaian sampel sediaan herba. Kaedah ini juga telah dikembangkan untuk mengetahui kesan pengingesan sesuatu bahan terhadap organisma dan status kesihatannya. |