amirate | imarah | Sejarah | Tiada | Sesuatu yang berhubung dengan kesultanan, keamiran atau pemerintahan. |
space-time continuum | lanjuran ruang-masa | Landskap | Tiada | Kesinambungan peristiwa yang beri aku di sesuatu tempat seperti di Kota Melaka bermula dari Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dan penjajahan oleh Portugis, Belanda dan Inggeris dan seterusnya perisytiharan kemerdekaan. |
hexagonal shape | bentuk segi enam | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Bentuk yang terdapat pada artifak mempunyai bentuk segi enam. Contoh yang paling jelas ialah peninggalan syiling zaman Kesultanan Melayu Johor yang diperbuat daripada timah dengan nilaian katun. Bahagian tepinya dipotong sehingga menghasilkan bentuk segi enam. Terdapat tulisan di bahagian hadapan dan belakang yang ditulis dengan tulisan Hoza Al Masruf dan Dar Al Johorah. Syiling bentuk ini dikeluarkan sekitar abad ke 17 M. |
purbawara | purbawara | Kesusasteraan | Tiada | Persembahan drama pentas yang muncul selepas kemerosotan bangsawan. Persembahan drama ini merupakan sebahagian daripada genre sandiwara yang merangkumi drama sejarah dan ceterawara. Dalam purbawara mengisahkan tentang kegemilangan kesultanan Melayu Melaka, Sejarah Johor dan tokoh pahlawan. Namun, kemudiannya purbawara menyerap cerita moden yang menyentuh isu semasa. Antara cerita yang dipentaskan ialah Robohnya Kota Lukut karya Kala Dewata, Tonggak Kerajaan Melayu Johor oleh Shahrum Husain, Gugurnya Melati Pujaan Temasik oleh Atan Ali, dan Matinya Seorang Pahlawan oleh Usman Awang. |
fort | kubu | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Tapak pertahanan dan kota pemerintahan yang diperbuat daripada bata, kayu bakau, cangkerang atau tanah yang ditinggikan. Kedudukannya terletak di kawasan pedalaman atau dipinggir sungai. Terdapat juga kubu yang mempunyai menara peninjau. Di Malaysia, perkembangannya wujud sejak zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Lama dan Baru serta semasa zaman penjajahan Belanda dan Inggeris. Contohnya, Kota Johor Lama (Johor), Kubu Datuk Maharaja Lela (Perak) dan A. Famosa (Melaka). Sinonim benteng. |
nobility | kebangsawanan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kedudukan tertinggi sekumpulan masyarakat khususnya dalam masyarakat feudal. Golongan ini berkedudukan hampir dengan raja atau pemerintah, mendapat penghormatan daripada orang ramai, memiliki kedudukan ekonomi yang baik dan berupaya mempengaruhi kuasa politik di wilayah yang diwakilinya atau tempat asal kedatangannya. Nilai budaya ini selalu dikaitkan dengan tingkah laku yang tertib dan teratur, kemewahan dan kecantikan, penuh dengan bintang dan gelaran, sensitif dengan protokol dan dihormati oleh orang ramai. Contohnya, golongan bangsawan Melayu pada zaman Kesultanan Melayu Melaka atau golongan bangsawan Inggeris yang dikaitkan dengan golongan Lord pada abad ke-18, 19 dan awal abad ke-20. |
feudalism | feudalisme | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem masyarakat yang didominasi oleh golongan diraja dan bangsawan dengan golongan rakyatnya berada dalam kedudukan bawah, lemah serta menjadi subjek kepada raja. Dalam sistem ini, raja memiliki kuasa yang tinggi dan memerintah tanpa batasan serta dibantu oleh golongan pembesar atau bangsawan yang memiliki kedudukan tinggi dalam masyarakat. Kekuasaan pemerintah tertumpu pada istana dan tidak ada suatu badan yang memeriksa kedudukan kuasa raja ini. Dengan itu, raja bebas memerintah menurut budi bicara sendiri dan hanya mendengar nasihat daripada pembantunya. Dalam sistem ini, peralihan kuasa berasaskan keturunan yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi. Rakyat di bawah pemerintahan ini mengerjakan tanah raja atau menyewa tanah pembesar untuk menyara hidup. Fahaman ini mementingkan kedudukan hierarki, unsur setia dan daulat antara pemerintah dengan rakyat. Contohnya, sistem Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-14 jelas mengamalkan sistem feudalisme. |