chugging | cetusan | Kejuruteraan | Tiada | Ketidakstabilan berayun dalam reaktor penyederhana air disebabkan oleh pembentukan buih wap dalam terasnya. |
indeterminacy | ketidaktetapan | Kesusasteraan | Tiada | Ketidakstabilan makna dalam teks sastera. Hal ini berlainan dengan pegangan tradisi lama yang begitu yakin bahawa makna wujud dalam teks dan dijana oleh konteks. Menurut persepsi baharu ini, konteks dianggap sebagai keadaan yang mencipta tekstualiti dan sesuatu yang telah dibuktikan tidak stabil. Oleh itu, konteks tidak boleh digunakan sebagai petunjuk makna yang mutlak dalam sesebuah teks. Istilah ketidaktetapan muncul daripada kritikan pascastruktural. |
flail chest | dada flail | Perubatan | Tiada | Ketidakstabilan dinding dada akibat fraktur pada tulang-tulang rusuk. |
coherent collapse | runtuh koheren | Kejuruteraan | Tiada | Ketidakstabilan sifat kekoherenan cahaya akibat pantulan dan serapan alur laser pada permukaan atau bahantara yang tidak seragam. |
filial crisis | krisis filial | Gerontologi | Tiada | Ketidakstabilan atau ketidaktenteraman emosi anak dewasa kerana tidak dapat menerima perubahan yang berlaku pada ibu bapa yang sudah tua, dan tanggungjawabnya untuk menguruskan mereka. |
interchange instability | ketakstabilan saling tukar | Kejuruteraan | Tiada | Ketidakstabilan jenis magnetodinamik yang menyebabkan plasma terkeluar apabila medan magnet tidak sesuai. |
fluid type instability | ketakstabilan jenis bendalir | Kejuruteraan | Tiada | Ketidakstabilan yang terdapat daripada persamaan makroskopik plasma. |
flute-type instability | ketakstabilan saling tukar | Kejuruteraan | Tiada | Ketidakstabilan jenis magnetodinamik yang menyebabkan plasma terkeluar apabila medan magnet tidak sesuai. |
economic terrorism | keganasan ekonomi | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Perbuatan menyebabkan ketidakstabilan atau kerugian ekonomi kepada sesebuah negara atau organisasi, yang dilakukan oleh individu atau kumpulan secara terancang. Perbuatan ini boleh dilakukan di sempadan sesebuah negara atau merentas sempadan negara tersebut. |
spontaneous fission | pembelahan spontan | Fizik | Atom dan Nuklear | Pembelahan nukleus yang berlaku kerana ketidakstabilan isotop dan bukan kerana zarah atau foton luar memasuki nukleus tersebut. Contoh seperti yang berlaku kepada isotop uranium-238 yang mempunyai masa separuh hayat 1016 tahun. |