political philosophy | falsafah politik | Sains Politik | Politik Perbandingan | Salah satu bidang utama dalam sains politik selain daripada ekonomi politik, politik antarabangsa, teori politik dan politik perbandingan. Bidang ini membincangkan persoalan tentang pemikiran ahli falsafah politik seperti idea mengenai negara kuasa, pemerintahan, keadilan dan kebebasan. Bidang ini banyak berkembang di Eropah dan terdapat juga di negara timur dan timur tengah. Ahli falsafah politik yang terkenal di negara timur seperti Kung Fu Tze dan di timur tengah seperti Ibnu Khaldun. Selain pembahagian berasaskan tempat asal, perkembangan falsafah ini juga sering dibahagikan kepada beberapa peringkat seperti zaman negara kota Athens, zaman Sebelum Masihi, zaman Selepas Masihi, zaman kebangkitan, zaman pencerahan dan zaman kontemporari. Tahap yang berbeza ini membayangkan pemikiran yang berbeza. |