khamsin | khamsin | Sains | Hidrometeorologi | Angin gurun yang panas, biasanya berdebu dan kering, di Mesir dan Laut Merah. Selalunya ia bertiup dari selatan atau tenggara dan terjadi di hadapan tekanan rendah yang bergerak ke timur merentasi Afrika Utara atau tenggara Mediterranean. Khamsin yang tebal berlaku pada musim bunga dengan tekanan rendah bergerak ke arah timur-timur laut merentasi utara Sahara. Angin ini didahului oleh gelombang haba yang berkekalan selama tiga hari dan diikuti ribut debu. Laluan tekanan rendah dicirikan oleh suatu perenggan sejuk yang membawa udara Mediterranean dan menyebabkan jatuhan suhu yang mengejut. |
khamsin | khamsin | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Angin gurun yang panas, biasanya berdebu da kering, di Mesir dan Laut Merah. Selalunya angin ini bertiup dari selatan atau tenggara dan terjadi di hadapan tekanan rendah yang bergerak ke timur merentasi Afrika Utara atau tenggara mediterranean. Khamsin yang tebal berlaku pada musim bunga dengan tekanan rendah bergerak ke arah timur-timur laut merentasi utara Sahara. Angin ini didahului oleh gelombang haba yang berkekalan selama tiga hari dan diikuti ribut debu. Laluan tekanan rendah bercirikan suatu perenggan sejuk yang membawa udara Mediterranean dan menyebabkan jatuhan suhu yang mendadak. |
khamsin | angin khamsin | Geografi | Tiada | Angin selatan yang sangat panas dan kering, biasanya mengandungi debu yang bertiup mengikut musim merentasi Gurun Sahara. |
local winds | angin setempat (local winds) | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Angin yang bertiup dalam kawasan terhad, dan disebabkan oleh keadaan tempatan yang berbeza daripada angin akibat kesan taburan tekanan, atau angin yang mempunyai ciri-ciri tertentu mengikut keadaan setempat. Angin setempat dikelaskan kepada empat kumpulan utama; i) angin akibat kesan topografi setempat, seperti angin ngarai, angin genting gunung dan kosava; ii) angin antitriptik, seperti bayu laut, bayu darat, angin gunung dan lurah, dan pada skala yang besar angin fohn, cinuk, bora dan mistral; iii) angin tak stabil yang diakibatkan oleh pemanasan setempat, atau akibat aliran udara sejuk, seperti ribut debu, hab dan angin ribut petir; dan iv) angin kencang akibat gradien tekanan yang kuat atau akibat aliran yang tak terganggu di atas permukaan yang rata atau kedua-duanya, seperti khamsin, siroko, ribut salji, buran, dan purga. |