futurism | futurisme | Kesenian | Drama dan Teater | Gaya pengolahan drama yang pengisahannya dengan membuat sesuatu ramalan tentang keadaan masa hadapan. Contohnya, drama Mayatkarya Hatta Azad Khan. |
symbolic drama | drama simbolik | Kesenian | Drama dan Teater | Genre drama yang mengungkapkan makna melalui penampilan perasaan, tanggapan dan saranan. Drama simbolik tidak sama dengan drama realistik walaupun drama realistik kadangkala menggunakan elemen simbolik. Contohnya, drama Kerusikarya Hatta Azad Khan. |
poetic drama | drama puitis | Kesusasteraan | Tiada | Drama yang ditulis dalam bentuk puisi semata-mata untuk dipentaskan. Drama ini ditemui dalam kebanyakan drama Shakespeare dan drama T.S.Eliot berjudul Murder in the Cathedral. Contoh dalam sastera Melayu ialah Pengakuan Pariyem oleh Linus Suryadi AG dan Matinya Seorang Pahlawan oleh Usman Awang. Contoh dalam sastera Arab ialah Masra �Kilyubatrah oleh Ahmad Shawqi, dan dalam sastera parsi ialah Sarnivishi Parviz oleh �Ali Muhammad Khan Uvaysi. |
theatre of the absurd | teater absurd | Kesusasteraan | Tiada | Teater yang mengungkapkan pemikiran absurdisme. Pemikiran ini menegaskan bahawa manusia tidak bermakna, tidak rasional, tidak berguna, dan tidak logik. Istilah ini dipopularkan oleh Martin Esslin dalam bukunya yang berjudul Theatre of the Absurd. Pada asalnya, istilah ini terkandung dalam karya Albert Camus berjudul the Myth of Sisyphus (1943). Drama yang terkenal dengan gaya absurd ialah Waiting of Godot oleh Samuel Beckett, drama Henry IV dan Six Characters in Search of an Author oleh Luigi Pirandello, drama Invitation to the Chateau, Waltz of the Toreadours dan the Lark�, semuanya oleh Jean Anouilh. Jean Paul Sartre pula menyumbangkan karya absurd yang berjudul The Flies, No Exit dan The Condemned of Altona, sementara Albert Camus menulis karya berjudul Caligula dan State of Seige. Antara drama Malaysia yang cenderung kepada bentuk absurd ialah drama Dinsman Jangan Bunuh Diri dan Anna, serta drama Patung-patung oleh Hatta Azad Khan. Dalam sastera Arab, teater absurd terdapat dalam Masrahiyat al-Farafir o |