kikir pari | kikir pari | Kesenian | Tiada | Alat daripada kulit belakang ikan pari yang dikeringkan, berpermukaan kasar dan digunakan untuk meratakan dan menghaluskan ukiran. |
kikir kayu | kikir kayu | Kesenian | Tiada | Alat yang bertangkai kayu dan bermata keluli yang bergerigi halus pada permukaan atau tepinya, digunakan untuk melicin, merata, mengikis ukiran kayu. |
file | kikir | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Alat kemasan kayu yang mempunyai bilah daripada keluli keras yang bergigi halus pada keseluruhan mukanya. Kikir digunakan untuk membuang dan membersih permukaan daripada serabut dan serpihan kecil kayu. Terdapat berbagai-bagai jenis kikir berdasarkan profil dan kepadatan gigi, serta saiz dan bentuk yang sesuai dengan fungsinya. Bentuk kikir kayu yang biasa digunakan ialah bulat, separa bulat dan rata. Profil gigi kikir, sama ada selari atau bersilang, dan kepadatannya menentukan darjah kehalusan permukaan benda kerja yang dihasilkan. |
riffler | kikir lengkung | Kesenian | Tiada | Kikir untuk meluaskan lubang pada logam dan mengikir permukaan yang melengkung. |
file | kikir; fail | Kesenian | Tiada | 1. Kikir: Alat daripada keluli untuk mengemas permukaan logam atau kayu. |
needle file | kikir kecil | Kesenian | Tiada | Kikir yang kecil saiznya untuk membuat kerja-kerja yang halus dan rumit. |
knife file | kikir pisau | Kesenian | Tiada | Kikir yang mempunyai mata seperti mata pisau. |
hand file | kikir kasar | Kesenian | Tiada | Kikir untuk meratakan permukaan yang kasar. |
saw file | kikir gergaji | Kesenian | Tiada | Kikir berbentuk segi tiga untuk mengasah mata gergaji. |
vixen file | kikir viksen | Kesenian | Tiada | Kikir bermata lengkung untuk mengikir atau membentuk logam lembut. |