physical chemistry | kimia fizik | Kimia | Tiada | Cabang ilmu kimia yang berkaitan dengan kebersandaran sifat fizik pada komposisi kimia, dan juga tentang perubahan fizik yang berlaku semasa tindak balas kimia. Subbidang kimia fizik termasuklah kinetik kimia, keseimbangan kimia dan termokimia. |
physical chemistry | kimia fizik | Kimia | Tiada | Tiada |
edaphic factor | faktor edafik | Pertanian | Tiada | Faktor atau ciri-ciri kimia, fizik dan biologi tanah yang mempengaruhi pertumbuhan tanaman dan organisma. |
reaction kinetic | kinetik tindak balas | Geologi | Tiada | Cabang kimia fizik yang berhubung dengan mekanisme dan kadar tindak balas kimia. |
thermochemistry | termokimia | Kimia | Tiada | Cabang kimia fizik yang berkaitan dengan perubahan tenaga semasa tindak balas kimia. Cabang ini termasuk dalam ilmu termodinamik. |
fire suppression method | kaedah pemadam kebakaran | Perhutanan | Tiada | Cara mengawal atau memadamkan kebakaran bagi melindungi dirian hutan daripada terbakar sama ada segi biologi, kimia, fizik atau teknikal. |
fire suppression method | kaedah pemadam kebakaran | Perhutanan | Pengurusan Hutan | Cara mengawal atau memadamkan kebakaran bagi melindungi dirian hutan daripada terbakar sama ada segi biologi, kimia, fizik atau teknikal. |
chemical equivalents | Kesetaraan kimia | Farmasi | Tiada | Produk drugpelbagai sumber yang mengandungi jumlah bahan aktif dan dalam bentuk dos yang sama yang mematuhi piawai kimia-fizik sedia ada, yang terdapat dalam penerbitan rasmi, seperti USP-NF. |
processed feed | makanan terproses | Veterinar | Tiada | Bahan-bahan makanan yang mengalami pemprosesan sama ada secara kimia, fizik atau biologi. Contoh makanan yang diproses secara kimia ialah jerami padi yang dirawat dengan larutan natrium hidroksida. Makanan yang diproses secara fizik pula ialah seperti racikan pelepah kelapa sawit. Manakala contoh makanan yang mengalami pemprosesan secara biologi pula ialah penghasilan protein sel tunggal. Tujuan pemprosesan bahan-bahan makanan ini dilakukan ialah untuk meningkatkan nilai pemakanan, tahap keperisaan dan memanjangkan tempoh penyimpanan makanan. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memudahkan pengangkutan serta menjimatkan ruang penyimpanan makanan. |
C horizon | horizon C | Biologi | Ekologi | Zon paling bawah pada profil tanah, yang terdiri daripada satu lapisan batuan dasar yang telah terluluhawa. Lapisan ini mengalami sedikit perubahan akibat organisma, dan dianggap mempunyai komposisi kimia, fizik dan mineral yang serupa dengan sekurang-kurangnya sebahagian daripada bahan lapisan atasnya. |