burn through | bakar tembus | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Kesan kimpalan yang terhasil apabila suhu kimpalan terlalu tinggi dan menyebabkan logam kimpalan menembusi zon kimpalan. Imej yang terhasil kelihatan seperti bintik hitam yang dikelilingi oleh kawasan hitam keputihan di sekitarnya. Keadaan ini disebabkan oleh haba input yang berlebihan semasa kerja kimpalan dilaksanakan. |
projection welding | kimpalan unjuran | Kejuruteraan | Tiada | Kimpalan rintangan apabila kimpalan disetempatkan pada unjuran, persilangan dan pertindihan. |
undercut | underkut | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Ketakselanjaran dalam kimpalan yang berpunca pada tepi kimpalan. Ketakselanjaran ini boleh berlaku pada akar dan pangkal kimpalan. Hal ini boleh menyebabkan tumpuan tegasan pada kimpalan. |
lack of penetration (LOP) | kurang penembusan (LOP) | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Ketakselanjaran yang terbentuk disebabkan oleh kegagalan logam kimpalan untuk menembusi sambungan kimpalan. Sinonim penembusan tak lengkap. |
percussion welding | kimpalan tukul | Kejuruteraan | Tiada | Kimpalan yang diperoleh dengan menemukan dua bahagian yang hendak dikimpal di antara dua elektrod yang membawa arus elektrik dan memanaskannya melalui peningkatan suhu yang disebabkan oleh rintangannya terhadap aliran arus merentasi kawasan sentuh, dan tekanan yang kuat dikenakan dengan tiba-tiba. Biasanya digunakan untuk mengimpal stud, tiub kepada plat. |
plug weld | kimpalan palam | Kesenian | Tiada | Kimpalan yang dibuat pada ruang di antara dua permukaan logam yang hendak dicantumkan. |
lap weld | kimpalan tindih | Kesenian | Tiada | Kimpalan yang terhasil daripada dua bahagian kepingan logam yang dikimpal hujungnya secara bertindih. |
spot weld | kimpalan titik | Kesenian | Tiada | Kimpalan yang terhasil daripada proses pengimpalan titik. |
edge weld | kimpalan pinggir | Kesenian | Tiada | Kimpalan yang dibuat pada bahagian sisi kepingan logam. |
linear porosity | keliangan lelurus | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Kehadiran rongga bulatan yang tersusun pada satu garis lurus disebabkan oleh gas yang terperangkap semasa proses pemejalan kimpalan. Kewujudan gas ini disebabkan oleh kehadiran bahan kotor yang asas seperti kelembapan pada permukaan kimpalan, perlindungan yang tidak betul semasa proses kimpalan, atau teknik kimpalan yang tidak sempurna. |