Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.én.zim] | کواينزيم

Definisi : (koénzim) (Bio) sebatian bukan pro­tein yg membantu tindakan sesuatu enzim. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.én.zim] | کواينزيم

Definisi : /koénzim/ ist sebatian bukan protein yg perlu bagi sesuatu enzim utk dpt berfungsi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata koenzim


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
acetyl coenzyme-Aasetil koenzim-AHerbaFitokimiaBahan terbitan tioester asetil koenzim-A yang berfungsi sebagai penderma kumpulan asetil. Baki asetil terikat pada unsur sulfur yang terdapat dalam koenzim-A sebagai ikatan tenaga tinggi yang memudahkan pemindahan kumpulan asetil tersebut. Asetil koenzim-A terlibat dalam pembentukan asid sitrik daripada asid oksaloasetik dalam kitar Krebs. Bahan ini juga merupakan sebatian perantara dalam proses pendekarboksilan oksidaan piruvat, degradasi asid lemak, degradasi beberapa asid amino dan pembentukan asetilkolina. Asetil koenzim-A dikenali juga sebagai asetil Ko-A.
Coenzyme AKoenzim AKimiaBiokimiaKoenzim yang terdapat di dalam sel hidup dan diperlukan oleh enzim pemindah kumpulan asetil dan asil lemak yang terikat pada kumpulan bio di dalam molekul. Koenzim ini penting dalam metabolisme asid lemak.
acetyl Coenzyme Aasetil Koenzim AKimiaBiokimiaBahan terbitan tioester asetil Koenzim A yang berfungsi sebagai penderma kumpulan asetil. Baki asetil terikat pada kumpulan SH yang bebas melalui ikatan tenaga tinggi seperti dalam pembentukan asid sitrik daripada asid oksaloasetik dalam kitar Krebs. Bahan ini juga merupakan sebatian perantara dalam proses penderkarboksilan oksidaan piruvat, degradasi asid lemak dan degradasi beberapa asid amino. lih. Koenzim A.
vitaminevitaminBioteknologiTiadaSebatian organik yang diperlukan dalam kuantiti yang kecil untuk metabolisme dan pertumbuhan sel yang normal. Sebatian ini berperanan sebagai koenzim atau komponen koenzim dan disintesiskan oleh mikroorganisma. Contoh vitamin ialah biotin, asid folik, lipoik, nikotinik, panto tenik, piridoksin (vitamin B6), riboflavin (vitamin B2), tiamina (vitamin B1), asid askorbik (vitamin C), dan vitamin B12.
coenzymekoenzimHerbaFitokimiaMolekul organik kecil bukan protein yang membawa kumpulan kimia ataupun elektron daripada satu enzim kepada satu enzim atau penerima yang lain. Molekul ini ialah substrat kepada enzim dan tidak membentuk bahagian tetap pada struktur enzim tersebut. Koenzim biasanya terdiri daripada vitamin atau diperbuat daripada vitamin. Contohnya, koenzim-A yang diperbuat daripada asid pantotenik (vitamin B5) memindahkan kumpulan asetil atau asil dalam pembinaan asid lemak. Sinonim kosubstrat. Lihat juga asetil koenzim-A.
coenzymekoenzimKimiaBiokimiaMolekul organik seperti Koenzim A dan Q diperlukan dalam tindakan enzim, mempunyai ukuran molekul yang lebih kecil daripada molekul enzim, dan merupakan bahagian bukan protein pada enzim. Molekul organik ini berfungsi sebagai penerima elektron atau kumpulan berfungsi, dan bertindak sebagai kofaktor.
acetyl coenzyme Aasetil koenzim APerubatanTiadaKoenzim perantara yang meluas digunakan sebagai penderma kumpulan asetil, misalnya dalam pembentukan asid sitrik daripada asid oksaloasetik dalam kitar Krebs.
nucleotide coenzymekoenzim nukleotidaKimiaBiokimiaKumpulan terbitan urasil, sitosina dan timina yang berfungsi sebagai koenzim atau substrat dalam metabolisme karbohidrat dan lipid, seperti UDP-glukosa, CDP-etanolamina, TDP-ribosa dan sebagainya.
coenzymekoenzimBioteknologiTiadaMolekul organik yang dikaitkan dengan enzim untuk membolehkannya berfungsi, misalnya NAD, NADP, koenzim A. FAD, dan piridoksal fosfat.
S-adenosyle methionineS-adenosil metioninaFarmasiTiadaKoenzim yang diterbitkan daripada ATP dan metionina. Koenzim ini terlibat dalam tindak balas pemindahan metil.
123456789

Kembali ke atas