Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.kai.na] | کوکاينا

Definisi : (Kim) sj sebatian (dadah narkotik) yg diperoleh drpd daun koka dan digunakan dlm perubatan sbg anestetik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.kai.na] | کوکاينا

Definisi : ist sj sebatian (dadah) yg dibuat drpd daun koka yg dijadikan sbg ubat bius dlm bidang perubatan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kokaina


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
coccaine poisoningkeracunan kokainaKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada kokaina, iaitu ubat yang digunakan sebagai anestetik setempat pada membran mukus. Dos parah selepas digunakan pada membran mukus mungkin serendah 30 mg. Kepekatan toksik adalah dari 0.5 �g/mL. Tanda utama keracunan ialah konvulsi dan kegagalan pereda ran darah. Keracunan akut teljadi akibat pengingesan, penyuntikan, atau penyerapan melalui membran mukus atau pelelasan kulit. Gejala awal termasuklah keresahan, keadaan terangsang, halusinasi, takikardia, anak mata terbeliak, sejuk atau demam, aberasi deria, sakit abdomen, muntah, rasa kebas, dan spasma otot. Ini diikuti dengan pernafasan tak seragam, konvulsi, kegagalan peredaran darah dan koma. Kematian mungkin teljadi segera selepas penggunaan kokaina atau mungkin tertangguh selama 1- 3 jam. Keracunan kronik akibat pengingesan, penyuntikan atau penyerapan membran mukus atau pelelasan kulit menyebabkan halusinasi, kerosakan mental, hilang berat badan, atau perubahan watak. Penggunaan kokaina sebagai bahan sedutan boleh meny
cocainekokainaKimiaTiadaAlkaloid, formula C17H21No4, takat lebur 98oC, berbentuk pepejal berhablur yang tidak berwarna, larut di dalam alkohol, kloroform, dan eter serta larut sedikit di dalam air. kokaina diekstrak daripada daun koka dan digunakan sebagai anestetik setempat.
cocainekokaina; CocaineFizikTiadaTiada
cocainekokaina; CocainePerubatanTiadaAlkaloid yang diperolehi daripada daun pokok koka, Erythroxylon coca, dan mempunyai kesan perangsangan, narkotik, dan anestetik setempat.
cocainekokaina; CocainePerubatanTiadaTiada
cocainekokaina; CocaineKimiaTiadaTiada
cocainekokainaKimiaForensikFormula kimia, C17H21NO4. Alkaloid daripada daun kering Erythroxylum coca, dan boleh juga disintesis daripada ekgonina. Bahan ini berupa hablur putih dengan takat lebur 96�C - 98�C, yang larut dalam kloroform, eter, etanol, dan aseton. Bahan ini digunakan sebagai anestetik setempat.
tropane alkaloidalkaloid tropanaHerbaFitokimiaKumpulan sebatian alkaloid yang mengandungi gelang heterobisiklik lima dan enam ahli. Contoh sebatian ini ialah hiosiamina dan kokaina yang terdapat dalam beberapa tumbuhan famili Solanaceae seperti kecubung (Datura metel). Sebatian ini digunakan sebagai agen penenang dan penahan sakit.
alkaloidalkaloidPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanSebatian kompleks bernitrogen yang kebanyakannya beracun dan diperoleh daripada tumbuhan dikotiledon daripada famili Apocynaceae, Rubiaceae, dan Papaveraceae. Bahan ini menyebabkan kesan fisiologi seperti alergi dan keracunan. Contoh alkaloid yang penting ialah kokaina, kafeina dan morfina.
mydriaticmidriatikFarmasiFarmakologi1. Berkaitan menyebabkan midriasis pada anak mata. 2. Drug yang menyebabkan midriasis.Drug ini digunakan semasa menjalankan pemeriksaan menyeluruh ke atas fundus dankanta mata.Terdapat dua kelas midriatik, iaitu drug antimuskarinik dan drug simpatomimetik. Contoh drug antimuskarinik ialah atropina dan siklopentolat yang mempengaruhi kontraksi otot siliari. Contoh drug simpatomimetik ialah kokaina dan fenilefrina yang merangsang otot dilator pupila secara langsung atau tidak langsung.
12

Kembali ke atas