Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.lar] | کولر

Definisi : bahagian baju (kemeja) yg berlipat di keliling leher: sebentar-sebentar dibetulkan tali lehernya dan ~ kemejanya; (kerja, pekerja, dsb) ~ biru (kerja, pekerja, dsb) yg berkaitan dgn pelaksanaan tugas-tugas yg lebih memerlukan kekuatan dan tenaga fizikal (spt kerja-kerja kilang dsb); (kerja, pekerja, dsb) ~ putih (kerja, pekerja, dsb) yg tergolong dlm bidang pengurusan (profesional, perkeranian, dsb) yg lebih memerlukan daya berfikir dan bukannya kekuatan tenaga; berkolar mempunyai kolar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.lar] | کولر

Definisi : Jk 1. batu karang; 2. pecahan batu (utk melapisi jalan dll), batu kelikir; ®koral. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.lar] | کولر

Definisi : 1 bahagian baju yg berkelepet di keliling bahagian leher. 2 sesuatu yg menyerupai kolar 1. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kolar


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
button-down collarkolar butangKesenianTiadaKolar yang berlubang butang pada kedua-dua hujungnya sebagai laluan butang ketika mengancing kolar. Kolar ini popular pada tahun 1950-an dan 1960-an.
flat collarkolar rataKesenianTiadaKolar yang disambung pada garis leher dan terletak rata pada badan pakaian. Contoh: kolar Peterpan, kolar eton, kolar kelasi pada pakaian kanak-kanak.
flat collarkolar rataPentadbiran PerniagaanTiadaKolar yang disambung pada garis leher dan terletak rata pada badan pakaian. Contoh: kolar Peterpan, kolar eton, kolar kelasi pada pakaian kanak-kanak.
bandjalur; pita;kolar bahuKesenianTiada7. Kolar bahu: Kolar lebar yang terletak di bahu, biasanya daripada fabrik linen, renda atau kambrik, dipakai pada tahun 1540 hingga 1670. Kemudiannya dijadikan kolar tumpang.
detachable collarkolar tumpang/ kolar boleh tanggalPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
eton collarkolar etonKesenianTiadaKolar yang dikeraskan, menyerupai kolar kemeja, lebarnya dua kali ganda, bahagian hujung kolarnya meruncing dan bersudut cakah. Pakaian marhaen di kolej Eton England sehingga tahun 1967.
gillskolar rahangKesenianTiadaBahagian kolar yang meruncing ke paras rahang kolar tegak kemeja lelaki. Popular pada abad ke-19.
wing collarkolar kepakKesenianTiada1. Kolar kemeja tailor yang hujungnya bersudut cakah.,2. Kolar kaku sama sendat yang hujungnya meruncing dan berlipat di hadapan. Adakalanya dipakai bersama pakaian lengkap lelaki dan pakaian harian formal.Pakaian golongan elit di Kolej Eton sehingga tahun 1967.
roll collarkolar gulungKesenianTiada1. Kolar yang mengunjur dari bahagian garis leher ke atas dan bergulung.,2. Jenis kolar yang boleh dilipat balik.
fall of the collarceper kolarKesenianTiadaLebar kolar dari takat liku ke garis stail kolar.
12345678910...

Kembali ke atas