Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.lo.nia.lis.me] | کولونياليسمى

Definisi : dasar atau amalan oleh sesebuah negara meluaskan penguasaannya ke atas sesebuah negara lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kolonialisme


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
internal colonialismkolonialisme dalamanSains PolitikPolitik PerbandinganPenguasaan dan tekanan oleh kerajaan pusat atau pemerintah tertinggi terhadap wilayah tertentu dalam sesebuah negara. Tindakan ini melahirkan layanan atau pengagihan sumber yang tidak adil berbanding dengan wilayah lain dalam negara itu. Pemerintah selalu menekan sambil mengeksploitasi segala sumber yang ada dalam wilayah ini untuk kepentingan pusat, wilayah lain atau kepentingan individu tertentu yang terdiri daripada golongan pemerintah. Pembangunan juga tidak dibawa ke kawasan ini dan mereka tidak mendapat status autonomi dalam pemerintahan. Contohnya, kedudukan Acheh di Indonesia dapat dianggap sebagai kolonialisme dalaman apabila Jakarta menguasai wilayah ini secara kekerasan tentera, mengeksploitasi sumber alam mereka dan tidak membenarkan mereka menguruskan wilayah itu secara autonomi sepenuhnya.
colonialismkolonialisme/faham penjajahGeografiTiadaTiada
colonialismkolonialisme/faham penjajahSains PolitikTiadaTiada
colonialismkolonialisme/faham penjajahUndang-undangTiadaTiada
external colonialismkolonialisme luarGeografiTiadaTiada
internal colonialismkolonialisme dalam negeriGeografiTiadaTiada
internal colonialismkolonialisme dalam negeriSains PolitikTiadaTiada
internal colonialismkolonialisme dalam negeriSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
colonialismfaham penjajahan/kolonialismeSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
neo-colonialismfaham kolonial baruSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman penjajahan baru yang tidak bersifat ketenteraan atau fizikal. Kelazimannya, kolonialisme lebih bersifat penjajahan secara militer lalu memerintah negara tersebut. Penjajahan bentuk baru pula tidak membawa kemasukkan tentera tetapi lebih bersifat penguasaan ekonomi, teknologi, epistemologi dan secara teknologi maklumat. Pada hakikatnya, negara tersebut kelihatan merdeka, tetapi dikuasai oleh negara lain tanpa disedari. Pendekatan pergantungan terhadap negara Amerika Latin pada dekad 1970-an dan 1980-an berlaku apabila Amerika Syarikat kuat mempengaruhi perkembangan ekonomi dan politik negara tersebut yang boleh ditafsir sebagai fahaman kolonial baru.
12

Kembali ke atas