Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kom.po/] | کومڤوق

Definisi : kelompok. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kompok


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
adiabatic processproses adiabatikSainsHidrometeorologiProses termodinamik yang tidak melibatkan pemasukan atau pengeluaran haba dari sesuatu sistem. Oleh itu, sekiranya satu kompok udara naik, kompok tersebut akan mengembang kerana tekanan sekitarnya lebih rendah. Proses ini melibatkan penggunaan tenaga dalaman kompok udara berkenaan dan mengakibatkan penurunan suhu, walaupun tidak ada haba yang hilang daripada kompok ini. Proses ini dikenali sebagai penyejukan adiabatik. Sebaliknya, jika suatu kompok udara turun, tenaga dalamnya akan bertambah dan suhunya akan naik disebabkan proses pemampatan. Proses ini disebut pemanasan adiabatik.
static stabilitykestabilan statikSainsHidrometeorologiKeadaan atmosfera yang berkeseimbangan hidrostatik apabila berdasarkan alihan menegak, biasanya dikira dengan kaedah kompok. Kestabilan ini berlaku sekiranya kompok teralih dikenakan suatu daya apungan yang melawan daya alihan, umpamanya, suatu kompok teralih ke atas menjadi lebih sejuk daripada persekitaran barunya. Keadaan ini terjadi sekiranya T, dengan ialah kadar tukaran persekitaran dan T ialah kadar tukaran proses adiabatik kering bagi udara tak tepu dan adiabatik tepu bagi udara tepu. Frekuensi ayunan kompok teralih sekitar aras imbangannya ialah dengan ialah pecutan graviti, T suhu Kelvin, dan suhu keupayaan. Istilah ini juga dikenali sebagai kestabilan hidrostatik, kestabilan menegak, kestabilan olakan.
Coriolis accelerationpecutan CoriolisSainsHidrometeorologiPecutan kompok yang sedang bergerak dalam suatu sistem koordinat nisbi. Jumlah pecutan kompok ini, seperti yang diukur dalam sistem koordinat inersia, boleh dinyatakan sebagai hasil tambah pecutan sistem nisbi itu sendiri dan pecutan Coriolis. Bagi bumi yang bergerak dengan halaju sudutan kompok yang bergerak nisbi terhadap bumi terhadap bumi dengan halaju V mempunyai pecutan Coriolis 2 x V.
Coriolis accelerationpecutan CoriolisMeteorologiMeteorologi PerhubunganPecutan kompok yang bergerak dalam suatu sistem koordinat relatif. Jumlah pecutan kompok ini, seperti yang diukur dalam sistem koordinat inersia, boleh dinyatakan sebagai hasil tambah pecutan sistem relatif itu sendiri dan pecutan Coriolis. Bagi bumi yang bergerak dengan halaju sedutan ?, kompok yang bergerak relatif terhadap bumi dengan halaju V mempunyai pecutan Coriolis 2? xV.
parcel methodkaedah kompokSainsHidrometeorologiKaedah penganggaran kestabilan menegak dalam atmosfera dengan berasaskan andaian bahawa setiap kompok udara bergerak ke atas tanpa gangguan terhadap persekitarannya.
dew-point temperaturesuhu takat embunSainsHidrometeorologiSuhu yang padanya suatu kompok udara mesti disejukkan dalam keadaan tekanan malar sehingga kompok udara ini menjadi tepu. Suhu takat embun dapat dipastikan secara langsung melalui beberapa jenis higrometer takat embun. Lazimnya suhu ini dipastikan melalui pengiraan daripada pencerapan langsung psikrometer.
Showalter indexindeks ShowalterMeteorologiMeteorologi PerhubunganIndeks kestabilan yang ditentukan dengan membawa naik kompok udara dari aras 850 hPa secara adiabatik kering ke titik tepu, kemudiannya secara adiabatik tepu, ke aras 500 hPa. Pada aras 500 hPa, suhu kompok udara dibandingkan dengan suhu sekitaran, perbezaan dua suhu ini akan memberikan magnitud indeks. Sekiranya suhu kompok udara lebih sejuk daripada suhu sekitarannya, indeks bernialai positif; sekiranya lebih panas, indeks bernilai negatif. Ribut petir cenderung berlaku apabila nilai indeks berkurang daripada nilai ambang, iaitu +4.
slice methodkaedah hirisanSainsHidrometeorologiPenganggaran kestabilan menegak dalam atmosfera dengan kaedah yang mengambil kira gerakan pampasan ke bawah yang teraruh dalam persekitaran oleh kompok udara menaik. Oleh sebab persekitaran oleh kompok udara menaik. Oleh sebab persekitaran dianggap menjadi panas pada kadar tukaran adiabatik kering semasa menurun, kestabilan yang lebih, pada umumnya, dideduksikan melalui kaedah ini jika dibandingkan dengan kaedah kompok.
inertial forcedaya inersiaSainsHidrometeorologiDaya di dalam suatu sistem koordinat tertentu yang terbentuk daripada inersia suatu kompok bergerak berbanding dengan sistem koordinat lain. Sebagai contoh, pecutanCoriolis di suatu kompok yang bergerak dibandingkan dengan sistem koordinat yang ditetapkan di ruangan menjadi daya inersia; daya Coriolis, di dalam satu sistem koordinat berputar bersama bumi.
equivalent temperaturesuhu setaraSainsHidrometeorologi1. Suhu setara isobar. Suhu kompok udara apabila semua wap airnya dipeluwap keluar pada tekanan tetap, dan haba pendam yang dikeluarkan digunakan untuk pemanasan udara itu. 2. Suhu setara adiabatik. Suhu kompok udara selepas mengalami pengembangan adiabatik kering sehingga semua kelengasan dikerpaskan.
1234

Kembali ke atas