Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kom.po.ser] | کومڤوسر

Definisi : penggubah (lagu, muzik, dsb), pencipta. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata komposer


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
composer entryentri komposerPerpustakaanTiadaEntri utama atau mungkin entri tambahan bagi komposisi muzik yang diletak di bawah nama komposer sebagai tajuk di dalam katalog.
Roman SchoolRoman (kumpulan)MuzikTiada

 Sekumpulan komposer yang wujud pada akhir abad ke-16 dan permulaan abad ke-17 yang mengekalkan gaya muzik Palestrina (1525-1594). Komposer kumpulan Roman ini mengutamakan muzik liturgi seperti missa dan motetus, dan mengelak daripada bentuk dan genre Zaman Barok, seperti sonata dan konserto. Komposer utama seperti Nanino (1545 -1607) dan Lotti (1667-1740).

Flemish SchoolFlemish (kumpulan)MuzikTiada

 Generasi komposer kumpulan Netherlands kedua pada Zaman Pembaharuan. Komposer utama antaranya terdiri daripada Ockeghem (lebih kurang tahun 1420-1497), Obrecht (lebih kurang tahun (1457/1458-1505), Heinrich Isac (lebih kurang tahun 1450-1517), Josquin Des Prés (lebih kurang tahun 1450-1521) dan Willaert (lebih kurang tahun 1490-1562). Karya komposer kumputan Flemish bertekstur polifoni tiruan, iaitu tekstur yang berdasarkan baris melodi yang meniru antara satu dengan yang lain. Bentuk utama antaranya ialah motetus, missa, chanson, madrigal dan lied. Kumpulan Netherlands terdiri daripada kumpulan Burgundi dan kum­pulan Flemish. Lihat Franco-Flemish

symphonysimfoniMuzikTiadaKarya orkestra yang merupakan genre utama bagi komposer Zaman Klasik. Istilah sinfonia berasal daripada perkataan La­tin, iaitu symphonia. Simfoni muncul pada awal Zaman Kla­sik dan berkembang hingga akhir Zaman Romantik. Simfoni biasanya mengandungi tiga atau empat gerakan muzik seperti allegro, adagio, menuet atau scherzo, dan presto. Bentuk mu­zik yang digunakan dalam pengkaryaan sebuah simfoni pada Zaman Klasik dan Zaman Romantik ialah bentuk sonata, biner, ternari, rondo, variasi dan sonata rondo. Komposer utama untuk genre ini seperti Haydn, Mozart, Beethoven, Schubert dan Brahms. Lihat juga muzik mutlak.
composerpencipta; penggubah/komposerKesenianTiadaPenggubah yang menghasilkan gubahan melodi yang lengkap.
composerpencipta; penggubah/komposerKomunikasiTiadaTiada
composerpencipta; penggubah/komposerKesusasteraanTiadaTiada
RenaissanceZaman PembaharuanMuzikTiada

Zaman gaya muzik antara tahun 1450-1600. Karya vokal seperti missa, motetus dan madrigal yang bertekstur polifoni merupakan genre muzik utama pada zaman ini. Komposer utama adalah seperti Dufay (sekitar tahun 1397-1474), Ockeghem (sekitar tahun 1420-1497), Josquin Des Pres (sekitar tahun 1450-1521) dan Willaert (sekitar tahun 1490-1562) daripada Kumpulan Netherlands. Zaman ini juga merupa­kan era kegemilangan karya madrigal. Komposer madrigal utama adalah seperti Monteverdi (1567-1643), Marenzio (1553/1554-1599) dan Gesualdo (sekitar tahun 1561-1613). Muzik keyboard oleh komposer virginal Inggeris merupakan muzik instrumental yang penting.

art musicmuzik seniMuzikTiada

 Muzik yang dicipta oleh komposer tertentu dan berasaskan idiom serta teknik karya muzik klasik Barat pada abad ke-20. Muzik seni ini menggabungkan ciri, konsep dan alat muzik Barat serta bukan Barat. Di Malaysia, muzik seni mengikut sistem notasi Barat dan dimulakan oleh pemain muzik Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada tahun 1960-an dan tahun 1970-an seperti Alfonso Soliano, Gus Steyn dan Johari Salleh. Sinonim muzik seriosa.

Mannheim SchoolMannheimMuzikTiada

 Sekumpulan komposer Jerman yang aktif di Mannheim pada pertengahan abad ke-18. Mereka bertanggungjawab bagi perkembangan genre simfoni pada awal Zaman Klasik. Gaya muzik kumpulan Mannheim mementingkan tekstur homofoni. Mereka memperkenalkan dinamik crescendo, diminuendo dan teknik tremolo. Basso continuo digantikan dengan bes bertulis. Komposer utama ialah Johann Stamitz (1717-1757), F.X. Richter (1709-1789) dan Christian Cannabich (1731-1798).

12345

Kembali ke atas