polycentrism | polisentrisme | Sains Politik | Politik Perbandingan | Fahaman komunis yang telah berpecah kepada beberapa aliran selepas berlangsungnya Kongres Kebangsaan Parti Komunis Soviet Union pada tahun l956. Walaupun semua ideologi ini disebut sebagai komunis namun terdapat pelbagai variasi kesan daripada penyesuaian atau semakan semula oleh golongan revisionis. Fahaman ini dipopularkan oleh P. Togliatti seorang pemimpin komunis Itali. Contohnya, perpecahan versi komunis Yugoslavia dan China daripada Soviet Union walaupun berpegang kepada ideologi komunis. |
Marxism-Leninism | faham Marx-Lenin | Sains Politik | Politik Perbandingan | Fahaman komunis yang dikembangkan oleh Lenin dari doktrin Marx berhubung dengan revolusi komunis yang menggabungkan kelas pekerja, pemimpin pekerja dan petani. Pemikiran ini wujud kerana kegagalan gagasan Marx dalam melahirkan masyarakat komunis secara dialektik materialisme semula jadi. Marx meramalkan golongan buruh ini akan melancarkan revolusi proletar untuk menjatuhkan kelas kapitalis lalu membentuk satu masyarakat tanpa kelas. Lenin kemudiannya mengubah suai fahaman Marx dan membentuk sebuah parti politik di Rusia untuk menggerakkan kelas bawahan gabungan buruh dan petani bagi melancarkan revolusi memperbaik kedudukan mereka. Antara pindaan penting yang dibual oleh Lenin ialah penampilan peranan parti politik, penonjolan kelas tani serta peranan sekumpulan kecil elit yang mendorong kepada revolusi ini. Pemikiran ini merupakan pencetus revolusi di Rusia pada tahun 1917. Sinonim Marxisme-Leninisme. |
Comintern | Comintern (Komunis Antarabangsa) | Sejarah | Tiada | Singkatan bagi Komunis Antarabangsa atau Communist International ditubuhkan pada 1919 untuk menggerakkan revolusi Marxisme atau fahaman Marxis. |
communist | komunis | Sejarah | Tiada | Penganut, pengikut atau pengamal fahaman komunis. |
dictatorial communism | faham komunis diktator | Sejarah | Tiada | Fahaman komunis yang bersifat diktator, menggunakan kekerasan dan kekejaman untuk mencapai matlamatnya. |
communist manifesto | manifesto komunis | Sejarah | Tiada | Pengisytiharan mengenai fahaman komunis yang berpegang kepada prinsip revolusi untuk menjatuhkan sistem pemerintahan kapitalis, penghapusan milik tanah persendirian, memiliknegarakan semua harta, pengagihan sama rata dari segi tugas, harta, hak dan sebagainya. |
communist cell | sel komunis | Sejarah | Tiada | Kumpulan kecil penganut fahaman komunis yang bertugas mengatur program politik dalam unit-unit kecil yang bergerak dalam sesebuah kawasan atau daerah atau lingkungan pengaruh tertentu. |
Vietkong | Vietkong | Sains Politik | Politik Perbandingan | Gerakan komunis dari Vietnam Utara yang dibentuk pada tahun 1960. Gerakan ini bertujuan untuk menentang Vietnam Selatan dan tentera Amerika Syarikat bagi membentuk Komunis Vietnam pada zaman perang Vietnam tahun 1954-1975. Gelaran Vietkong diberi oleh penduduk Vietnam Selatan kepada gerakan komunis ini. |
popular front | barisan popular | Sains Politik | Politik Perbandingan | Gabungan atau kerjasama beberapa parti politik untuk menentang pihak lawan yang sama. Lazimnya barisan ini ditubuhkan oleh parti-parti komunis. Konsep ini dipopularkan oleh Dirmitrov dalam Konvensyen Komunis Antarabangsa (Comintern) ke-7 pada tahun 1935 sebagai strategi untuk cuba mengatasi gerakan fasis pada masa itu. Gabungan ini dikatakan barisan popular kerana parti komunis sering dirujuk sebagai parti untuk orang rarnai. Parti komunis menubuhkan gabungan ini untuk mendapat sokongan yang banyak dan seterusnya berkuasa. Contohnya, gabungan parti komunis di Eropah terutamanya di Perancis dan Sepanyol yang dibentuk pada tahun 1936-1938 sebagai langkah untuk mengatasi perkembangan Parti Fasis. |
politburo | politburo | Sejarah | Tiada | Anggota komunis yang paling kanan dalam jawatakuasa eksekutif di negara-negara komunis. |