Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kon.duk.si] | کوندوکسي

Definisi : (Fiz) pemindahan tenaga haba atau te­naga elektrik melalui sesuatu bahan (konduktor), pengaliran; konduksian dapat mengalirkan haba, arus elektrik dsb: kehilangan ~; kekonduksian sifat atau keupayaan menga­lirkan arus elektrik, haba dsb: lapisan kering makanan mempunyai ~ terma yg rendah dan bertindak sbg penebat di samping memberi rintangan terhadap pengaliran haba; pengkonduksi bahan atau medium yg me­laluinya tenaga haba atau elektrik dapat mengalir, konduktor. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kon.duk.si] | کوندوکسي

Definisi : ist pengaliran arus elektrik atau haba melalui perantara (spt wayar, cecair). mengkonduksi mengalirkan arus elektrik atau haba melalui sesuatu perantara: Elektrolit ~ tenaga elektrik dlm sesuatu larutan. kekonduksian sifat atau keupayaan (kemampuan) mengalirkan sesuatu spt tenaga elektrik, haba melalui perantara. pengkonduksian perihal mengalirkan tenaga elektrik, haba melalui perantara. pengkonduksi bahan atau perantara yg mengalirkan tenaga elektrik, haba dll; pengalir; konduktor. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata konduksi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
air-earth conduction currentarus konduksi udara-bumiSainsHidrometeorologiBahagian arus udara-bumi yang disebabkan oleh konduksi elektrik atmosfera itu sendiri. Arus ini diwakili oleh gerakan (ke bawah) cas positif ruang di kawasan bebas ribut-petir di seluruh dunia. Arus konduksi merupakan bahagian terbesar arus udara-bumi dan jauh melebihi sumbangan arus kerpasan dan arus olakan. Magnitudnya lebih kurang lebih kurang 3 x 10-16 amp/cm2, atau lebih kurang 1800 ampere, bagi seluruh bumi. Cerapan variasi menegak arus konduksi yang telah dilakukan menunjukkan bahawa arus konduksi udara-bumi adalah lebih kurang seragam di seluruh troposfera, satu keadaan yang selaras dengan pandangan yang lazimnya diterima, iaitu aliran arus konduksi dari suatu kawasan konduksi bercas positif di bahagian bawah ionosfera ke bumi yang bercas negatif. Hanya di kawasan yang cuacanya terganggu sementara arus konduksi digantikan oleh aliran terbalik. Bukti yang terkumpul menunjukkan bahawa arus konduksi terus wujud hanya kerana akibat ribut petir di sekitar bumi pada setiap masa yang membekalkan cas positi
electrolytic conductionkonduksi elektrolitikKimiaTiadaKonduksi arus elektrik oleh ion melalui larutan atau cecair tulen.
dark conductionkonduksi gelapKejuruteraanTiadaKonduksi elektrik yang berlaku di dalam bahan peka cahaya yang tidak disinari dengan cahaya.
conduction dryingpengeringan konduksiFarmasiFarmaseutikProses pengeringan yang terjadi apabila pepejal basah bersentuhan dengan haba dari permukaan panas dan kebanyakan pemindahan haba berlaku secara konduksi.
conductionkonduksiKimiaTiada1.Pemindahan tenaga haba menerusi sesuatu bahan dari bahagian suhu tinggi ke bahagian suhu rendah melalui getaran antara molekul tanpa bahan tersebut bergerak. Di dalam logam, mekanisme konduksi berbeza kerana kehadiran elektron bebas yang memperoleh tenaga kinetik apabila dipanaskan dan akan kehilangan tenaga hab apabila berlanggar dengan atom yang lebih sejuk. 2. pemindahan tenaga elektrik menerusi pengalir logam melalui pergerakan elektron bebas dari satu atom ke satu atom yang lain yang dipengaruhi oleh daya gerak elektrik. Di dalam elektrolit, ion positif dan negatif bertindak sebagai pembawa cas, manakala di dalam gas, ion positif dan elektron yang terhasil apabila molekul gas terbelah akibat voltan yang tinggi bertindak sebagai pembawa cas dalam tiub nyahcas.
air-bone gapbeza ambang udara-tulangSains KesihatanTiadaPerbezaan antara nilai ambang konduksi udara dengan nilai ambang konduksi tulang.
conductionkonduksi; pengaliranFizikTiadaTiada
conductionkonduksi; pengaliranGeografiTiadaTiada
conductionkonduksi; pengaliranGeologiTiadaTiada
conductionkonduksi; pengaliranMatematikTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas