organ chorale | koral organ | Muzik | Tiada | Karya untuk alat organ yang berdasarkan melodi koral. Terdapat dua jenis koral organ, iaitu tegas dan bebas. Koral jenis tegas adalah seperti koral motetus, koral partita, koral variasi dan koral prelud. Manakala koral jenis bebas adalah seperti koral fantasi dan koral fuga. |
chorale variations | koral variasi | Muzik | Tiada | Variasi organ abad ke-16 hingga abad ke-17 yang berasasĀkan melodi koral Protestan Jerman. Melodi koral digubah sebagai cantus firmus bagi beberapa siri variasi. Gaya ini diperkembang oleh Sweelinck (1562-1621), seorang komposer Belanda. |
Chora | koral | Muzik | Tiada | Him dalam upacara gereja Protestan Jerman. Martin Luther (1483-1546) telah membentuk semula pertubuhan gereja Protestan Jerman. Beliau telah memperkenalkan him dalam upacara di gereja dan telah banyak menulis teks dan melodi koral. Contoh koral Martin Luther ialah Ein' feste Burg ist unser Gott. |
Choralvorspiel | koral prelud | Muzik | Tiada | Prelud organ yang berasaskan melodi koral Protestan Jerman. Bahagian suara mempamerkan teknik contrapunctus yang kompleks. Koral prelud biasanya berfungsi sebagai pengenalan kepada koral. Contohnya, Chorale Prelude "O Lamm Gottes unschuldig", BWV 656 oleh J.S. Bach (1685-1750). |
organ chorale | koral organ | Kesenian | Tiada | Gubahan untuk organ, ala koral yang dimainkan dalam gereja. [Sinonim dengan istilah chorale prelude]. |
chorale prelude | koral prasembah | Kesenian | Tiada | Gubahan untuk organ, ala koral yang dimainkan dalam gereja. |
choral vorspiel (G) | koral prasembah | Kesenian | Tiada | Gubahan untuk organ, ala koral yang dimainkan dalam gereja. Sinonim dengan istilah chorale prelude. |
Choralkantate | koral kantata | Muzik | Tiada | Kantata yang berasaskan teks atau melodi koral Protestan Jerman. Teks dan melodi biasanya terdapat dalam kebanyakan gerakan muzik kecuali gerakan muzik yang terakhir. Contohnya, Christ lag in Todesbanden, BWV 4 (1707) oleh J.S. Bach. |
Choralmotette | koral motetus | Muzik | Tiada | 1. Karya vokal polifoni awal abad ke-16 dalam gaya motetus. Melodi koral Protestan Jerman digunakan sebagai cantus firmus koral motetus. 2.
|
Choralfantasie | koral fantasi | Muzik | Tiada | Fantasi organ yang berasaskan melodi koral Protestan Jerman dalam gaya bebas. Contohnya, Choralfantasie BuxWV 188 Gelobet seist du, Jesu Christ oleh Buxtehude (1637-1707). |