exposed octave | oktaf dedah | Kesenian | Tiada | Pergerakan kord dominan ke kord tonik. Contohnya pergerakan (a) kord dominan ke kord tonik, (b) kord tonik ke kord subdominan. Bahagian atas bergerak secara bertangga dalam duaan dan bahagian bes menaik ke tangga keempat atau turun ke tangga kelima. |
tonicisation | tonisisasi | Muzik | Tiada | Proses menjadikan sesebuah kord sebagai kord tonik. Kord yang dijadikan tonik biasanya didahului kord dominannya. |
flexible cord | kord boleh lentur | Teknik | Elektrik | Pengalir berpenebat yang mempunyai beberapa lembaran dawai. Kord ini biasa digunakan untuk pemasangan pendawaian akhir ke peralatan mudah alih, contohnya kord dari pemegang lampu anting-anting ke siling, dan kord dari unit pemasak ke soket alur keluar. Ada pelbagai saiz kord boleh lentur; kord 0.5 mm persegi sesuai untuk pergantungan kelengkapan elektrik tidak melebihi 2 kg, 0.75 mm persegi sesuai untuk pergantungan yang tidak melebihi 3 kg, 1.0 mm persegi sesuai untuk pergantungan yang tidak melebihi 5 kg. Suhu ketahanan kord ini biasanya tidak melebihi 85oC dan mampu membawa arus 5-24A. |
added sixth | not enam tambahan (kord) | Muzik | Tiada | Not keenam yang ditambahkan kepada sesuatu kord lazimnya kord subdominan. |
chording | kord penala | Kesenian | Tiada | Istilah yang digunakan oleh guru koir untuk intonasi dalam nyanyian kord. Jeda not dalam kord. |
pedal point | poin pedal | Muzik | Tiada | Satu ton atau pic pada bahagian bes yang dilanjutkan serentak dengan pergerakan satu siri kord atau harmoni yang berubah-ubah. Poin pedal biasanya pic tonik atau dominan dalam sebuah karya muzik. Kord yang dimainkan ialah kord disonan dan kord konsonan pada poin pedal itu. Pertindihan poin pedal dengan kord disonan menghasilkan percanggahan harmoni. Contohnya, poin pedal dalam karya Juga. |
diminished chord | kord diminished | Kesenian | Tiada | Kord yang mempunyai susutan satu semiton daripada kord minor. |
exposed fifth | lima dedah | Kesenian | Tiada | kord subdominan ke kord tonik. Bahagian atas bergerak secara bertangga dalam duaan, contohnya C major. |
secondary dominant | dominan sekunder | Kesenian | Tiada | Penukaran kord V kepada kord ke-VII sebagai prasedia kepada tonik. |
plagal cadence | kadens plagal | Kesenian | Tiada | Pengakhiran atau penutupan kadens yang mengandung kord subdominan diikuti dengan kord tonik dalam skala major atau minor. |