corneal reflex | pantulan kornea | Veterinar | Praklinikal | Pantulan semula jadi apabila kornea yang peka disentuh atau diganggu. Pantulan kornea menyebabkan mata berkelip; penarikan semula glob dan prolaps membran niktitan. Pantulan kornea berfungsi untuk melindungi mata. |
cornea | kornea | Veterinar | Praklinikal | Lapisan lut sinar yang meliputi bahagian depan mata. Kornea terdiri daripada lima lapisan; iaitu epitelium; membran Bowman; stroma; membran Descemet dan endotelium. Kornea mempunyai permukaan yang bersinar dan jelas kerana tiada pembuluh darah. Terdapat banyak hujung saraf pada kornea yang menyebabkannya peka terhadap cahaya. |
trephine | trefin | Perubatan | Tiada | Alat yang digunakan untuk memotong dan mengeluarkan sekeping tulang dalam bentuk yang bulat, terutamanya dari tengkorak, atau sekeping tisu kornea semasa transplantasi kornea. |
corneal apex | puncak kornea | Sains Kesihatan | Tiada | Titik di permukaan kornea paling anterior apabila mata memandang ke hadapan. |
corneal reflex | refleks kornea | Perubatan | Tiada | Pejaman mata akibat daripada iritasi kornea. |
corneal reflex | refleks kornea | Kejururawatan | Tiada | Pejaman mata akibat daripada iritasi kornea. |
keratonyxis | keratoniksis | Perubatan | Tiada | Punktur pada kornea, seperti di dalam sesetengah pembedahan kornea. |
keratocentesis | keratosentesis | Perubatan | Tiada | Punktur pada kornea, seperti di dalam sesetengah pembedahan kornea. |
pannus | panus | Perubatan | Tiada | 1. Pemvaskularan permukaan kornea dengan penyusupan sel ke dalam kornea lalu mengakibatkan granulasi. 2. Pembentukan eksudat pada lapisan sinovium akibat inflamasi. Keadaan ini selalunya terdapat pada pesakit artritis reumatoid atau |
xerophthalmia | xeroftalmia | Perubatan | Tiada | Kekeringan konjunktiva dan kornea disebabkan kekurangan vitamin A. Keadaan ini bermula dengan rabun malam dan xerosis konjunktiva diikuti dengan peringkat xerosis kornea dan keratomalasia |