wood tar creosote | kreosot tar kayu | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Sulingan yang diperoleh daripada proses penyulingan tar kayu, dan biasanya dikenali sebagai kreosot tar kayu konifer atau kreosot tar kayu keras. Kreosot ini boelh digunakan sebagai bahan farmaseutik. |
creosote | kreosot | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Cecair berwarna kuning atau tanpa warna yang dihasilkan daripada penyulingan minyak tar, dan terdirti daripada campuran sebatian fenol. Dalam industri pengawetan kayu, kreosot bermaksud kreosot yang diperoleh daripada penyulingan tar arang. |
oil borne preservative | pengawet bawaan minyak | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Bahan pengawet kayu yang larut dalam pelarut minyak. Misalnya, kreosot dan kreosot tar arang. |
coal tar creosote | kreosot tar kayu arang | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Kreosot yang terdiri daripada cecair dan pepejal hidrokarbon aromatik yang dihasilkan daripada penyulingan tar arang batu melalui proses pengkarbonan arang bitumin pada suhu yang tinggi. Kreosot ini lebih berat daripada air dan mempunyai suhu didih melebihi 200�C. Kegunaan utamanya adalah sebagai pengawet kayu. |
creosote emulsion | emulsi kreosot | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Bauran kreosot dalam air atau larutan pengawet bawaan air seperti zink klorida yang digunakan dalam pengawetan kayu untuk kegunaan luar. |
Beechwood creosote | kreosot Beechwood | Pergigian | Tiada | Campuran bahan kimia antiseptik yang terdiri daripada kresol, guaiakol dan bahan fenol lain. Kreosot Beechwood digunakan dalam rawatan pulpotomi. Bahan ini diletakkan di kawasan pulpa yang tercemar dan berfungsi untuk mematikan bakteria dan tisu pulpa yang terdapat di kawasan tersebut. Seterusnya, tisu yang mati dibersihkan dan digantikan dengan simen pergigian yang lain. |
residual creosote | kreosot tinggian | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Pengawet yang masih kekal di dalam kayu yang diawet selepas kesusutan yang berlaku secara penenesan atau penyejatan komponen kreosot suhu rendah, semasa kayu disimpan atau digunakan. |
distillation test | ujian penyulingan | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Ujian piawai untuk menentukan takat didih awal, pertengahan dan akhir dalam julat takat didih hasil petroleum, seperti kreosot dan tar. Jumlah campuran bahan-bahan tertentu dalam kreosot dan tar dapat ditentukan dengan penentuan takat didih. |
creosote | kreosot | Perubatan | Tiada | Campuran beberapa jenis fenol seperti guailakol, kresol, metilkresol dan florol yang digunakan sebagai bahan antiseptik dalam pensterilan kanal akar gigi, sebagai disinfektan dan pengawet kayu. (FARM, |
creosote | kreosot | Perubatan | Tiada | Tiada |