Kaposi''s sarcoma (KS) | sarkoma Kaposi (KS) | AIDS | Tiada | Tumor pada dinding pembuluh darah atau sistem limfatik yang kelihatan sebagai bintik ungu pada kulit. Tumor ini disebabkan oleh jangkitan virus herpes manusia VIII. Keadaan ini adalah petanda biasa bagi pesakit HIV/AIDS. |
tetraploid | tetraploid | Biologi | Histologi dan Sitologi | 1. ks. Keadaan apabila bilangan kromosom yang dimiliki adalah dua kali ganda lebih daripada bilangan kromosom normal. 2. ks. Organisma atau sel tetraploid. |
ratio of compressibility factor | nisbah faktor kemampatan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Nisbah faktor kemampatan adiabatik terhadap faktor kemampatan isoterma yang dijelaskan sebagai ks /kt = CV/CP, dengan ks = faktor kemampatan adiabatik (1/Pa), kt = faktor kemampatan isoterma (1/Pa), CV = kapasiti haba isi padu malar (J/mol K), CP = kapasiti haba tekanan malar (J/mol K), Bagi sistem yang stabil, ks < kt. |
stability criteria of adiabatic compressibility factor | kriteria kestabilan faktor kemampatan adiabatik | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Kriteria bagi sisten yang stabil yang jika tekanannya dinaikkan kepada keadaan adiabatik (keadaan seentropi ialah keadaan entropi yang malar), isi padunya akan menurun. Faktor kemampatan adiabatik ks adalah stabil jika ks � 0. |
neutrophil | neutrofil | Biologi | Histologi dan Sitologi | 1. kn. Korpusel darah putih yang granul protoplasmanya hanya dapat diwarnai dengan bahan pewarna neutral. 2. ks. Sifat sesuatu yang cenderung terhadap pewarna neutral. 3. ks. Sifat yang cenderung tidak menghisap darah haiwan atau manusia seperti beberapa spesies nyamuk. |
basophil | basofil | Biologi | Histologi dan Sitologi | 1. ks. Perihal suka atau sangat berafin terhadap pewarna bes. basifil. 2. kn. Sel yang boleh diwarnai dengan pewarna bes, misalnya sel darah putih atau sel perembes yang terdapat pada lobus hadapan kelenjar pituitari. basosit. |
diploid | diploid | Biologi | Histologi dan Sitologi | 1. ks. Perihal nukleus sel yang memiliki semua autosom, pasangan homolog dan kromosom seks (atau satu kromosom seks pada spesies tertentu). Nukleus diploid merupakan sel soma pada haiwan, sel sprofit pada kebanyakan tumbuh-tumbuhan, dan sel zigot pada alka hijau tertentu dan kebanyakan kulat. 2. kn. Sel yang mempunyai dua set penuh kromosom homolog. |
phelloid | feloid | Biologi | Histologi dan Sitologi | 1. ks. Perihal sesuatu yang menyerupai gabus. 2. kn. Lapisan sel tak bersuberin pada periderma luar. |
haploid | haploid | Biologi | Histologi dan Sitologi | 1. ks. Keadaan nukleus sel yang hanya memiliki satu kromosom daripada tiap-tiap pasangan homolog autosom, dan hanya satu kromosom seks (bagi spesies tertentu tanpa kromosom seks). Contohnya gamet haiwan dan tumbuh-tumbuhan, gametofit tumbuh-tumbuhan, spora alga, kulat dan Bryopyta, Sporotozoa tertentu, dan sel soma pada haiwan partenogenetik tertentu. 2. kn. Sel yang mempunyai satu anggota pasangan kromosom homolog 1n sahaja. |
hexaploid | heksaploid | Biologi | Histologi dan Sitologi | 1. ks. Berkait atau mempunyai ciri enam set kromosom. 2. kn. Sel yang memiliki enam set kromosom, iaitu enam kali ganda bilangan haploid. |