Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kuda-keadaan

Peribahasa

Kerbau (= lembu) diberi berpelana,
     kuda diberi berpasangan.

Bermaksud :

Melakukan sesuatu dengan tidak menurut keadaan yang sebenarnya.

 

Lihat selanjutnya...(5)

Lihat selanjutnya...(1)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
kuda kepangkuda kepangKesusasteraanTiadaTarian yang menggunakan patung kuda anyaman. Tarian ini terdapat di negeri Johor dan dikenali juga dengan nama kuda lumping, jaran kepang atau ebeg. Tarian ini melibatkan antara 9 � 13 penari termasuk seorang ketua yang dikenali sebagai Danyang. Tarian ini boleh menyebabkan penari tidak sedar atau lupa diri. Sebelum memulakan persembahan, bomoh atau ketua kumpulan membaca jampi serapah dan menghadiahkan sajian kepada semangat kuda dan semangat pekarangan. Penari kuda kepang diiringi oleh kumpulan muzik yang mengalunkan muzik, iaitu angklung, gendang bujur dua muka, sebiji jidor dan gong. Tarian kuda kepang terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama merupakan tarian menunggang kuda dan bahagian kedua bermula apabila penari mula masuk dalam keadaan lupa diri. Pada bahagian kedua, pergerakan penari mula dikawal oleh sesuatu kuasa ghaib. Kuda kepang berasal dari jawa dan diperkenalkan oleh Wali Songo untuk menyebarkan syiar Islam.
quasi-propulsive coefficient (QPC)pekali kuasi-dorongKejuruteraanTiadaNisbah kuasa kuda berkesan yang mengambil kira basi keadaan cuaca dengan kuasa kuda hantaran.
pneumovaginapneumovaginaVeterinarPraklinikalKeadaan yang berlaku pada vagina kuda apabila vagina menyedut udara ke dalam trakus pembiakan. Keadaan ini disebabkan oleh kesusukan vulva yang kurang baik. Penyedutan udara secara luar kawal ini menyebabkan pencemaran trakus pembiakan dan menjejaskan kesuburan.
guinea grassrumput kudaVeterinarTiadaSalah satu jenis rumput terpilih yang sesuai ditanam di kawasan tropika. Terdapat beberapa jenis rumput kuda iaitu jenis biasa, ‘green panic’, hamil, coloniao dan makuene. Rumput ini mempunyai ketinggian 1.5-2.0 meter dan menghasilkan bahan kering yang tinggi iaitu 20-26 tan/hektar/tahun. Rumput ini sesuai untuk ragutan 2-3 ekor lembu/kerbau atau 15-20 ekor kambing/biri-biri bagi setiap hektar di sepanjang tahun. Kandungan protein kasarnya ialah 10-12% dan sesuai ditanam di pelbagai jenis tanah. Rumput ini tahan pada musim kemarau yang panjang tetapi memerlukan keadaan lembab untuk hidup subur. Walau bagaimanapun, rumput ini tidak sesuai di kawasan air bertakung. Nama saintifik: Panicum maximum.
bridletali kekangKejuruteraanPetroleumSinonim : kabel penggantung Kabel pada unit pengepaman yang bergantung pada kepala kuda dan dihubungkan ke batang pembawa bagi menyokong pengapit rod tergilap pada sistem pengepaman rod penyedut. Bersama-sama dengan kepada kuda, kabel ini disusun atau diatur sedemikian rupa supaya ketika penarikan ke atas rentetan rod penyedut tetap berada pada keadaan menegak sehingga tidak ada momen lentur yang akan bertindak pada bahagian rentetan yang berada di sebelah atas kotak asakan. Rujuk : kepala kuda.
dark horsekuda hitamSains PolitikPolitik Perbandinganlndividu yang tidak popular, dipilih untuk menyelesaikan persaingan atau perebutan jawatan atau kedudukan tertentu oleh sekumpulan individu yang menaruh minat yang amat tinggi terhadap jawatan tersebut. Bagi mengelak keadaan konflik dan ketidakstabilan wujud maka seorang calon dipilih daripada kalangan yang tidak menaruh minat terhadap jawatan tersebut. Walaupun begitu, masyarakat sedar bahawa individu yang dipilih itu ialah kuda hitam yang bertujuan menghindarkan konflik.
pregnancykebuntinganVeterinarTiadaKeadaan ibu haiwan yang membawa janin di dalam kandungannya. Dalam keadaan ini, haiwan perlulah diberi makanan yang berkualiti tinggi. Jangka masa kebuntingan biasanya berbeza mengikut baka dan jenis haiwan. Haiwan yang sedang bunting biasanya diberi makanan berserabut tinggi bagi mengelakkan daripada menjadi terlalu gemuk kerana boleh merumitkan proses beranak. Tempoh purata kebuntingan bagi lembu ialah 283 hari, kambing dan biri-biri 150 hari, babi 114 hari, arnab 32 hari dan kuda 340 hari.
calms of Capricorntenang JadiMeteorologiMeteorologi PerhubunganKeadaan tenang yang berlaku di kawasan jalur tekanan tinggi subtropika di lautan, pada latitud kuda, iaitu kira-kira 30�S.
calms of Cancertenang SartanMeteorologiMeteorologi PerhubunganKeadaan tenang yang berlaku di kawasan jalur tekanan tinggi subtropika di lautan, pada latitud kuda, iaitu kira-kira 30�U.
anestrusanestrusPenternakanGenetik dan PembiakbakaanKeadaan ketidakaktifan seks antara dua kitaran estrus pada mamalia betina. Ovari tidak aktif semasa anestrus. Haiwan betina yang tidak menunjukkan sebarang tanda estrus bagi tempoh yang panjang selepas melahirkan anak sering dikaitkan sebagai anestrus. Di kawasan iklim sederhana, tempoh anestrus yang berlaku pada setiap tahun bagi kucing, kuda, biri-biri, kambing dan beberapa spesies lain agak panjang. Di kawasan tropika seperti Malaysia, anjing mengalami anestrus yang panjang.
12

Kembali ke atas