quinine poisoning | keracunan kuinina | Kimia | Forensik | Keracunan akibat penggunaan kuinina, iaitu alkaloid berwarna putih yang didapati daripada kulit kayu sinkona untuk digunakan sebagai ubat antimalaria dan tujuan perubatan lain. Tanda utama keracunan ialah muntah dan tekanan darah menurun. Keracunan akut akibat pengingesan menyebabkan tinitus progresif, rabun penglihatan, keadaan lemah, tekanan darah menurun, hemoglobinuria. oliguria, dan ketakseragaman fungsi jantung. Penyuntikan atau pengingesan dos yang banyak menyebabkan depresi jantung yang terjadi secara tiba-tiba. Konvulsi dan pernafasan terencat juga berlaku. Tindak balas pemekaan teruk terjadi, yang dicirikan dengan edema, eritema, vesikulasi berair, dan lepuh mungkin terjadi dengan dos serendah 30 mg. Edema larinks dan tindak balas sistemik termasuk sakit kepala, demam, dispnea, loya, dan cirit-birit juga berlaku. Keracunan kronik akibat pengingesan menyebabkan rosak atau hilang penglihatan. Penemuan patologi ialah kemerosotan hati, buah pinggang, otak dan saraf optik. |
chalky quinine fungus | kulat kuinina berkapur | Biologi | Mikologi | Nama am bagi Fomes officinalis yang menghasilkan pepiring berwarna putih dan berasa pahit. Sesetengah orang memakan kulat ini sebagai ganti kuinina untuk mengubati malaria. kulat larka. |
quinine | kuinina | Kimia | Tiada | Alkaloid, formula C20H24O2N2 takat lebur 57oC, berbentuk hablur tidak berwarna, tidak berbau, rasanya pahit, larut di dalam alkohol, eter, kloroform, karbon disulfida, gliserol, alkali dan asid, dan larut sedikit di dalam iar. kuinina diperoleh daripada kulit pokok sinkona dan digunakan sebagai ubat malaria dan perisa minuman. |
quinine | kuinina | Kimia | Biokimia | Alkaloid berhablur yang tidak berbau, larut di dalam alkohol eter, kloroform, karbon disulfida, gliserol, alkali dan asid, larut sedikit di dalam air, dan digunakan sebagai ubat antimalaria, perisa dalam minuman berkarbonat dan sebagainya. |
bitterness value | nilai kepahitan | Herba | Tiada | Tahap rasa kepahitan bahan herba berbanding piawai rujukan kuinina hidroklorik. Nilai ini merupakan ukuran tahap kepahitan bagi herba yang mengandungi bahan pahit. Kaedah ini berguna untuk menentukan kualiti bahan mentah. Larutan air sampel herba biasanya dalam julat cairan tertentu dikumur selama 30 saat dan diluahkan. Larutan yang kekal memberikan rasa pahit sehingga melepasi 30 saat ditentukan dan dibandingkan dengan larutan piawai air kuinina hidroklorik. Ujian ini hanya dilakukan pada bahan herba yang identiti bahan kimianya telah dikenal pasti dan diketahui selamat. Contohnya daun teh. |
quinine drink | minuman kuinina | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
cinchonidine | sinkonidina | Kimia | Forensik | Formula kimia, C19H22N2O. Serbuk atau hablur berwarna putih, yang larut sedikit dalam air dan eter, larut dalam etanol dan kloroform, dan merupakan enantiomer levoputaran sinkonina. Tindakannya kurang berkesan berbanding dengan kuinina dalam perawatan malaria, tetapi lebih depresan kepada jantung berbanding dengan kuinina, dan mungkin menyebabkan konvulsi. |
quinidine | kuinidina | Farmasi | Tiada | Suatu bentuk diatereomer kuinina yang merupakan alkaloid daripada sinkona dan digunakan sebagai pendepresan kardiak dan antiaritmik. |
larch fungus | kulat larka | Biologi | Mikologi | lih. kulat kuinina berkapur. |
cinchona alkaloids | alkaloid sinkona | Farmasi | Tiada | Amina organik yang diperoleh daripada Cinchona succrirubra dan hibridnya. Contohnya, kuinina, kuinidina, sinkonina dan sinkonidina. |