Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.lim] | کوليم

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok), bebatai, beka, cikih, tampoi hutan, Dysoxylon costulatum; 2. sj tumbuhan (pokok), Scorodocarpus borneensis; ~ akar sj tumbuhan (pokok memanjat), Erythropalum scandens; ~ burung sj tumbuhan (pokok), cikih, kasai paya, pasak lingga, pasak lingga merak, Aphanamixis polystachya; ~ gajah sj tumbuhan (pokok), Dysoxylon spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kulim


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
kulimkulimPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Scorodocarpus borneesis. daripada famili Olacaceae. Nama tempatannya di Sabah ialah bawang hutan, dan di Sarawak ialah bawang hutan dan ungsunah. Gubal kayunya berwarna kuning muda, dan mudah dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna coklat kemerahan. Tekstur kayunya halus dan sekata dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 640 hingga 975 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras sederhana. Kayu ini agak sukar dikerjakan, sederhana tahan, mudah dikeringkan, dan mudah diawet. Kayu kulim sesuai untuk kerja binaan dalaman, rasuk, dan jambatan, dan jika diawet boleh digunakan untuk lantai, alas landasan kereta api, dan tiang eletrik. Kayu ini juga sesuai digunakan di persekitaran laut kerana tidak mudah di serang penggerek laut.
Scorodocarpus borneensiskulimHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan jenis pokok dalam famili Olacaceae yang dikenali juga sebagai bawang hutan. Tumbuhan ini biasanya tumbuh di hutan tanah pamah. Bahagian dalam batang berwarna merah gelap dengan bau bawang putih yang kuat. Daunnya jenis ringkas dan tersusun berpusar. Bunganya juga berbau bawang putih yang kuat. Buahnya jenis drup menggerutu, keras dan boleh dimakan untuk merawat kencing manis dan menghilangkan kesan keracunan getah pokok ipoh. Daunnya digunakan sebagai perasa bawang dalam masakan.

Kembali ke atas