Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.dung] | لادوڠ

Definisi : tidak meleleh atau mengalir (spt embun di atas daun dll), bertakung; berladung dipenuhi oleh (air mata dll), dibasahi; bunga ~ si air mata bunga dibasahi (disirami) oleh air mata; berladungan (dlm) keadaan berladung: kedua-dua kelopak matanya ~ dgn air mata; meladungkan ark menyiram, menjirus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.dung] | لادوڠ

Definisi : ; batu ~ timah utk pemberat kail dll, batu ajuk; ~ bandul pemberat bandul (supaya tetap ayunannya); ®batu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.dung] | لادوڠ

Definisi : tidak mengalir atau tidak meleleh (spt embun di atas daun). berladung dipenuhi atau digenangi air; dibasahi: bunga ~ si air mata bunga yg dibasahi air mata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[la.dung] | لادوڠ

Definisi : 1 = batu ~ timah pemberat kail atau jala supaya mudah tenggelam. 2 = ~ bandul pemberat pd bandul supaya tetap ayunannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ladung
Kata Terbitan : berladung,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sinkerpemberatPerikananTiadaBatu biasanya daripada timah, digunakan sebagai pemberat mata kail supaya mudah tenggelam. Sinonim ladung, batu ladung.
running sinkerladung gerakPerikananTiadaPemberat yang dipasang pada tali pancing secara bebas. Tali pancing dimasukkan melalui ladung dan ia boleh menggelungsur. Semasa memancing, ladung gerak akan tersekat pada kili dan menyebabkan mata pancing jatuh ke bawah. Ladung ini digunakan untuk memancing ikan yang sensitif pada pemberat.
plumb bobbebola ladungArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiAlat yang diperbuat daripada besi dan berbentuk segi tiga dengan bahagian bawahnya yang runcing. Bebola ladung digunakan pada teodolit dan di petak galian. Teodolit digunakan untuk mengukur ketepatan petak galian. Bebola ladung digunakan untuk mendapatkan bacaan kedudukan artifak yang berada pada kedalaman yang dalam di petak galian pula. Bacaan diambil pada bahagian tengah artifak.
plumb bobbebola ladungKejuruteraanTiadaPemberat yang tergantung pada tali untuk menunjukkan arah tegak. Sinonim: batu ladung.
split shotladung terbelahPerikananTiadaPemberat berbentuk bebola kecil atau pelet berlurah yang boleh dikepitkan dengan mudah pada tali pancing. Ladung terbelah boleh dipasang dengan cepat sekiranya pemberat tambahan diperlukan.
plumbladungKejuruteraanTiada1. Berkaitan dengan objek atau struktur yang berada pada kedudukan tegak yang sebenar.,2. Pemberat yang tergantung pada tali untuk menunjukkan arah tegak. Sinonim: bebola ladung.,3. Batu besar dengan apa-apa bentuk yang dimasukkan ke dalam struktur konkrit pukal, misalnya empangan, untuk mengurangkan isipadu konkrit yang diperlukan. Sinonim: penyesar.
anchored floaterpelampung setempatPerikananTiadaPelampung yang dipasangkan sauh daripada batu ladung. Pelampung diikat pada kekili dan disambungkan pada umpan. Pelampung ini akan timbul beberapa kaki daripada batu ladung bagi menarik pemangsa. Kaedah ini sesuai untuk menangkap ikan yang berenang bebas di dalam turus air.
bulk shotrantaian pukalPerikananTiadaRangkaian beberapa biji ladung terbelah yang diikat atau disepit pada tali untuk menambahkan berat tali. Rantaian pukal dibuat supaya umpan yang dipasang pada mata pancing kelihatan semula jadi. Lihat juga ladung terbelah.
bobladung (bandul)FizikTiadaTiada
plumbladungGeologiTiadaTiada
123456

Kembali ke atas