fly mushroom | cendawan lalat | Biologi | Mikologi | Nama am bagi Amania muscaria, iaitu cendawan yang beracun dan sangat toksik kepada lalat. agarik lalat, amanita lalat. |
tsetse fly | lalat tsetse | Biologi | Entomologi | Lalat dalam famili Glossinidae, yang merupakan lalat rumah tetapi lebih besar sedikit daripada lalat rumah biasa dan berwarna perang. Lalat yang terdapat di benua Afrika ini merupakan pembawa Trypanosoma gambiense yang menyebabkan penyakit tidur dan penyakit-penyakit lain. |
dung fly | lalat tahi | Biologi | Entomologi | Lalat dalam kumpulan Cyclorrhapha. Lalat jantan dalam kumpulan ini mempunyai banyak bulu. Lalat ini biasanya ditemukan di sekeliling najis dan bertelur di dalam najis. Larvanya juga hidup di dalam najis dan kemudiannya mempupa di dalam tanah. Lalat dewasa menghisap nectar dan juga akan membunuh dan menghisap bendalir daripada serangga lain. |
fruit-fly | Lalat buah | Biologi | Entomologi | Nama am bagi serangga dalam famili Tephritidae (Diptera) yang mempunyai banya genus, termasuk Anastrepha, Bactrocera, Callantra, Ceratitis, dan Dacus. Serangga ini, termasuk lalat Artocarpus (B. umbrosa), lalat buah oriental (B. dorsalis), lalat buah Mediterranean (C. capitata), lalat buah melon (B. cucurbitae), dan lalat zaitun (B. oleae), menjadi perosak utama tanaman buah-buahan. Di Asia, semua spesies dalamg enus Dacus kini digolongkan dlam genus Bactrocera. Lalat dewasa bertelur di dalam buah dan larvanya mengorek dan hdipu di dalam buah. Larvanya kemudian keluar dan menjadi pupa di dalam tanah. Nama ini dahulunya digunakan juga untuk serangga dalam famili Drosophilidae, khususnya genus Drosophila yang kini dikenal dengan nama amnya lalat cuka. |
kelp fly | lalat kelpa | Biologi | Entomologi | Nama am bagi lalat dalam famili Coelopidae yang mempunyai sayap dan berbentuk leper. Lalat ini terbang sekejap-sekejap dan dapat meluncur dari permukaan air. Larva lalat ini pula hidup dengan memakan rumpair busuk di pantai. |
kelarai kepala lalat | kelarai kepala lalat | Kesenian | Tiada | Corak anyaman berunsur haiwan berbentuk kepala lalat yang lazimnya dijadikan inti pada motif. Di Sabah kelarai ini berunsur tumbuhan berbentuk bahagian bawah mumbang. kelarai sinusu piasau |
kelarai ginumulun lalat(Mur.) | kelarai ginumulun lalat(Mur.) | Kesenian | Tiada | Corak anyaman berunsur haiwan berbentuk lalat yang berkerumun. |
merbau lalat | merbau lalat | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama piawai bagi kayu Sympetalandra borneensis daripada famili Leguminosae yang hanya terdapat di Sabah dan Sarawak. Gubal kayu merbau lalat berwarna coklat muda, dan berbeza daripada teras kayunya yang berwarna coklat kemerahan. Tekstur kayunya agak kasar dan tidak sekata, kerana mempunyai parenkima konfluen yang tebal. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 640 hingga 7205 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana keras. Kayu ini sukar dikerjakan, lambat mengering dan tidak tahan. Kayu ini sesuai untukkerja binaan sederhana, pembuatan venir, papan lapis, dan papan dinding. |
house fly | lalat rumah | Biologi | Entomologi | Lalat dwisayap dalam suborder Cyclorrhapha yang larvanya tidak berkepala atau berkaki dan mempunyai pupa koarktat. Lalat ini mempunyai bahagian mulut dan cara makan yang sangat khusus. Air liur atau cairan gstrik diluahkan terlebih dahulu ke atas makanan untuk melembutkan dan mencernakan sebahagiannya supaya makanan tersebut dapat disedut. Oleh sebab tabiat pemakanan dan pembiakan yang sedemikian rupa, lalat ini menjadi pembawa yang berpotensi bagi pelbagai penyakit. |
stable fly | lalat bangsal | Biologi | Entomologi | Lalat penghisap darah yang kelihatan serupa dengan lalat rumah, tetapi mempunyai proboscis yang tajam dan kaku. Serangga ini hidup di dalam bangsal dan bertelur di dalan najis. Serangga ini terdapat hampir di seluruh dunia dan menjadi pembawa penyakit pada kuda, lembu, dan unta. |