Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lam.ba/] | لمبق

Definisi : 1. longgok (barang-barang yg tidak tersusun), timbunan; 2. banyak (berlimpah­-limpah); pasar ~ bp pasar borong; 3. Mn lapisan (pd tikar, tilam, dll), alas, lapik; berlambak, berlambak-lambak, melambak 1. = terlambak tidak tersusun rapi, dilong­gokkan sahaja, berlimpah-limpah, bertimbun­timbun: mengapa dibiarkan kain baju ~ di ceruk bilik? 2. bp terlalu banyak: di bandar tu ~ orang yg berkelulusan tinggi yg belum mendapat kerja; kain ~ benang emas kain yg bersulam dgn benang emas banyak-banyak; melambak 1. bertimbun-timbun (tidak tersusun), banyak; 2. Mn melapik, mengalas; ~ selimut (tikar) melapisi selimut (tikar); melambakkan membuat timbunan (longgok) yg tidak tersusun rapi, melonggokkan: jangan kamu lambakkan kain kotor di situ; lambakan 1. longgok (barang-barang yg tidak tersusun), timbunan; 2. (Eko) amalan menjual barang dr luar negara (biasanya dgn banyaknya) dgn harga yg jauh lebih rendah drpd harga pasaran tempatan; perlambakan perihal atau kejadian ber­lambak: ini menyebabkan berlakunya ~ pekerja dlm pasaran buruh; pelambakan perbuatan melambakkan se­suatu, penimbunan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lam.ba/] | لمبق

Definisi : longgokan atau timbunan barang-barang yg tidak teratur: jual ~ jualan yg dibuat secara lambak (boleh dibeli satu-satu atau secara borong); pasar ~ pasar yg barang-barang dagangannya dilonggokkan (tetapi boleh dibeli secara runcit atau secara borong). berlambak 1 bertimbun-timbun dgn tidak teratur; tidak tersusun rapi. 2 terlalu banyak. melambakkan melonggokkan (barang-barang dgn tidak teratur): Ia ~ kain-kain kotor di lantai. lambakan 1 longgok barang-barang yg tidak tersusun, longgokan. 2 sesuatu produk atau hasil ladang yg terdapat dlm jumlah yg sangat banyak (disebabkan tidak laku, tiada permintaan terhadapnya dsb) dan dijual dgn harga yg sangat rendah. 3 ist (longgokan) barang dr luar negara dlm jumlah yg banyak yg dijual dgn harga yg jauh lebih rendah drpd harga pasaran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lambak
Rujuk :timbun


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dump tanktangki lambakKejuruteraanTiada1. Tangki lambak: Tangki untuk menerima bahan penyederhana ketika reaktor nuklear ditutup semasa kecemasan.
flea-market lookfesyen lambakKesenianTiadaFesyen yang dipakai oleh golongan remaja di pasar lambak di London, Paris dan New York pada tahun 1960-an dan 1970-an.
shellouthidangan lambakPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
dumping syndromesindrom lambakSosiologiTiadaLaluan pantas kandungan gastrik ke dalam jejunum, lalu menyebabkan pitam dan diarea.
dump morainemorain lambakGeologiTiadaTiada
dumping syndromesindrom lambakPerubatanTiadaLaluan pantas kandungan gastrik ke dalam jejunum, lalu menyebabkan pitam dan diarea.
dumping syndromesindrom lambakPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
off-the-shelf softwareperisian lambakKomputerTiadaTiada
jumble displayperagaan selerak/peragaan lambakPentadbiranTiadaTiada
dumplonggokTeknologi MaklumatTiada2. Lambak: Menyalin kandungan kesemua atau sebahagian daripada storan dalaman, misalnya melonggok atau mencetak sebahagian daripada ingatan ke pencetak.

Kembali ke atas