Tempo muzik yang dimainkan secara perlahan. Contohnya, karya Kreisleriana, Op. 16, No. 4 oleh R. Schumann.
Etwas bermaksud seakan-akan atau hampir. Contohnya, etwas langsam bermaksud dalam tempo yang hampir lambat.
Wieder bermaksud berulang. Contohnya, wieder langsam dan wie zum anfang bermaksud arahan kepada pemuzik untuk mengulangi tempo yang lambat sama seperti pada bahagian permulaan sesuatu karya.
Wenig bermaksud sedikit dan kurang. Contohnya, ein wenig langsam ialah arahan kepada pemuzik supaya mengurangkan kelajuan pada bahagian karya tertentu berbanding dengan bahagian sebelumnya.
Ziemlich bermaksud sederhana. Ziemlich biasanya digunakan dalam konteks kelajuan persembahan sesuatu karya muzik. Contohnya, ziemlich langsam yang bermaksud sederhana lambat.
Thanks for clicking. That felt good.