Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lan.ti.kan]/[lan.ti/.kan] | لانتيقن

Definisi : tindakan melantik: Majlis Raja-Raja mestilah ditanya terlebih dahulu sebelum dibuat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lan.ti.kan]/[lan.ti/.kan] | لانتيقن

Definisi : hasil drpd melantik: ~ beliau dianggap tidak sah kerana tidak memenuhi beberapa syarat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lantikan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
first appoinmentlantikan pertamaPentadbiranTiadaTiada
initial appointmentlantikan permulaanPentadbiranTiadaTiada
to installtabalkan raja-raja;lantikan (selain daripada raja)SejarahTiadaTiada
public authoritypihak berkuasa awamPentadbiranPentadbiran Awam

Badan lantikan yang berfungsi menjalankan pentadbiran dalam memberikan sumbangan dan menjaga kepentingan masyarakat atau orang awam. Badan ini mempunyai peranan yang lebih birokratik dalam konteks penyenggaraan infrastruktur awam, dan berkuasa untuk mengawal atau mengekalkan harta benda awam. Antara fungsi lain pihak berkuasa awam adalah membantu kerajaan mempertingkatkan taraf ekonomi sesebuah kawasan.

administrative procedure actakta tatacara pentadbiranPentadbiranTiadaSet peraturan dan undang-undang yang menjadi panduan kakitangan sesebuah organisasi dalam melaksanakan bidang tugas yang diamanahkan. Akta tatacara pentadbiran merangkumi pelbagai elemen khusus yang wajib dipatuhi seperti hal yang berkaitan lantikan dan kenaikan pangkat, pengesahan dalam jawatan, penamatan kerja, kelakuan dan tatatertib, tatacara kewangan, hal ehwal perubatan dan prosedur mesyuarat. Akta tatacara pentadbiran bertindak mengawal pelaksanaan sesuatu bidang tugas dan dapat memastikan hal ehwal pentadbiran mencapai tahap kredibiliti yang tinggi, imej yang bersih dan berintegriti. Pelanggaran terhadap akta tatacara pentadbiran boleh dikenakan tindakan undang-undang dan tatatertib. Contohnya, Perintah Am, Akta Acara Kewangan, Arahan Perkhidmatan dan Panduan Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Stor. Sinonim akta prosedur pentadbiran.
ambassadorduta besarSains PolitikHubungan AntarabangsaPerwakilan diplomatik tertinggi sesebuah negara dengan negara lain dalam hubungan antarabangsa. Peraturan antarabangsa mengenai duta ini telah dimeterai dalam kongres Vienna pada 19 Mac 1815 antara ketua negara Eropah. Konvensyen Vienna mengenai hubungan diplomatik kemudiannya ditandatangani pada 18 April 1961 yang mengukuhkan lagi kedudukan duta besar sebagai perwakilan negara asing yang tertinggi. Seseorang duta besar diterima oleh ketua negara dengan menyerahkan surat watikah lantikan dalam satu upacara rasmi negara. Perwakilan tersebut menjadi pihak penghubung antara negara mereka dengan negara tuan rumah dalam pelbagai bidang seperti politik, ekonomi, dan sosial. Perwakilan mempunyai hak imuniti di negara tuan rumah.
legislativelegislatifSains PolitikPolitik PerbandinganBadan yang terdiri daripada wakil rakyat dan anggota terpilih yang bersidang di dewan perundangan (parlimen) dan bertanggungjawab dalam menggubal dan meminda undang-undang, perlembagaan atau dasar negara. Badan ini dipimpin oleh ketua negara dan merupakan salah satu badan pemerintahan di samping eksekutif dan kehakiman. Badan ini bertanggungjawab menggubal semua dasar negara yang melibatkan pembangunan ekonomi, keselamatan negara dan perpaduan nasional. Ia bersidang mengikut jadual dan anggotanya boleh bertukar secara lantikan atau selepas pilihan raya. Contohnya, Parlimen Malaysia merupakan satu badan legislatif. Sinonim perundangan.

Kembali ke atas